Sunday, April 25, 2010

Pasangan Busu.


Sewaktu Aisyah melihat gambar-gambar perkahwinan Pak Busunya.

Aisyah : Ibu, ini siapa?

Ibu : Inilah gambar busu....

Aisyah : Ibu, itu ker lelaki yang suka sangat kawin dengan perempuan tu?...

Ibu : Iyer... lelaki memang mesti kawin dengan perempuan... tak boleh kawin dengan lelaki.

Budak berumur lima tahun dah memahami konsep berpasang-pasangan.


Thursday, April 22, 2010

Shadow..

Sebaik ibu memberitahu berita 'kematian' shadow kepada anak-anak sewaktu balik dari sekolah, Ain terus menangis tanpa henti. Sedih betul Ain dengan kehilangan Shadow. Ain sangat sayang/suka bermain dengan shadow ketika hayatnya.

Shadow adalah seekor kucing jantan tua yang datang menyerah diri ke rumah kami 6 bulan lalu. Dia sangat pandai menyesuaikan dirinya walaupun berkali-kali ibu ingin menghantarnya jauh dari rumah kami setelah shadow membuat onar. Onar yang paling kami geram ialah dia suka masuk kebilik anak dara kami dan meninggalkan kencingnya yang tersangatlah 'harum' di atas selimut anak-anak.

Usaha membasuh untuk menghilangkan bau mengambil masa agak lama. Berkali-kali selimut tersebut harus di basuh untuk menghilangkan keharuman tersebut. Tetapi bila ibunya beritahu abahnya, abahnya sambil berlawak mengatakan, jika shadow boleh berkata-kata sebaik ditanya kenapa kencing atas selimut jawapannya..

Ibu : Shadow... kenapa shadow nakal sangat? hehhh!! (siap jerkah) kenapa kencing atas selimut?

Shadow : Ooooopppppssss sowi... I cannot help it...

Mendengarkan jawapan abah, memanglah sakit perut ibu ketawa. Ibu pun tak jadilah hendak menghantar shadow jauh dari rumah. Kami hanya sentiasa beringat-ingat supaya jangan membiarkan pintu bilik terbuka sewaktu anak-anak tiada di rumah.

Sebaik Ain mendengar kematian shadow yang tragis ~ dia mati sewaktu ada pergaduhan dengan kucing jantan muda yang ingin menakluk kawasan perumahan kami... sewaktu berlawan, shadow terjatuh kedalam longkang berhampiran kolam ikan kami kerana mayatnya dijumpai dua hari kemudian dalam keadaan yang agak sedih.

Aisyah yang sama-sama menyaksikan bibik mengambil mayat shadow dari longkang untuk di kebumikan, menyatakan ketidak sanggupannya untuk melihat. Sewaktu bibik menalipon akak yang sedang menjalani dialysis di hospital, terdengar suara Aisyah memberitahu Aisyah tak nak tengok..

Ain tiba dirumah dan disambut oleh Aisyah dengan berita tersebut. Ain terus naik ke bilik belajar dan duduk di mejanya. Terus Ain mengambil lebihan plastercin dan membuat bentuk shadow.
Aisyah yang turut bersama Ain telah menangis teresak-esak dan memujuk Ain.

Aisyah : (sambil menangis teresak-esak) Ain.... janganlah sedih... ( teresak-esak lagi ).. janganlah sedih yer.. nanti bila baby ching (seekor lagi kucing yg datang menyerah diri sewaktu masih baby..)besar, dia beranak.. mesti anak-anak dia cute dan Ain bolehlah main dengan anak baby ching kan....

Begitulah yang buat ibu dan abah terharu mendengarnya. Seorang adik berusia 5 tahun memujuk kakaknya yang sedang kesedihan.

Monday, April 12, 2010

Hasil kerjatangan Ain..


Anak ketiga akak, Qurrata Ain memang gemar melukis dan membentuk arca dari plastersin. Sejak dari kecil Ain gemar melukis dan membuat arca tersebut. Mungkin kerana sikapnya yang pendiam tidak banyak bercakap membuatkan Ain gemar meluangkan masanya bersendiri di bilik belajar dan meluahkan segalanya melalui lukisan. Dengan menggunakan jari, Ain juga boleh melukis dengan baik menggunakan program 'paint' melalui laptopnya....

Ini adalah antara hasil kerja Ain sewaktu kami beriadah di Hotel Hilton Sabtu lalu....








Arca ular itu adalah kerjatangan Aisyah....

Saturday, April 3, 2010

Jangan mawah...


Dalam keadaan kelam kabut Aisyah akan masuk ke dalam bilik akak. Dengan suara yang cemas

Aisyah : Ibu... Aisyah nak kencing...

Selalunya akak akan pura-pura memarahinya...

Ibu : Kenapa kelam kabut masuk sini?.. pergilah kencing kat bawah... ini selalu kelam kabut masuk bilik nak kencing.... ( Sambil pura-pura marah )

Jadinya sebentar tadi Aisyah masih kelam kabut masuk ke dalam bilik akak. Tapi.....

Aisyah : Ibu.. jangan mawah.. nanti cepat tua.... Aisyah nak kencing....

Ibu : (Dalam hati memang nak ketawa tapi nak jawap jugak...) Alaaa.. ibu tak heran.. ibu memang dah tua.......

Aisyah : ( Pandang akak heran... selalunya ayat jangan marah nanti cepat tua dengan kakak2nya menjadi....)

Abah : Ibu memang... ibu gawang.....

Dah... tambah lagi sorang....

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails