Ain dan Zahrah pula, mempunyai selera agak serupa. Zahrah sangat suka sambal sotong dan nasi lemak. Tanpa sambal sotong, zahrah tidak begitu berselera makan nasi lemak. Seleranya juga amat terhad. Ain tak suka pedas, zahrah pula amat menggemari masakan pedas. Tapi, Aisyah dan Qeeb..... tak kiralah pedaske, tak pedas ke...... hentam ajelah.
Inilah cerita sehari-hari 4 orang puteri akak. Setiap cerita akan akak muatkan disini. Agar nanti, bila mereka dewasa..... boleh dijadikan bahan bacaan untuk mereka dalam mengenang kisah-kisah mereka semasa kecil.
Tuesday, September 15, 2009
Qeeb-unagi.
Qeeb pula adalah seorang yang gemar mencuba makanan dan minuman baru. Jika diberi sesuatu makanan yang baru, dia akan mencuba. Umpamanya, jika kami pergi makan sushi, hanya Qeeb dan abahnya yang akan memakan unagi. Mereka berdua sahaja dalam keluarga kami yang gemar makan unagi. Begitu juga dengan makanan yang lain, Qeeb tidak cerewet. Qeeb dan Aisyah memiliki selera yang serupa. Mudah jika hendak dijamu makan/masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment