Pagi tadi sewaktu akak pulang dari kedai kelihatan Aisyah sedang menanti di pintu. Rupa-rupanya dia sedang memujuk seekor kucing yang kelihatan jinak untuk masuk kedalam rumah kami.
Ibu : Aisyah... jangan panggil kucing. Bukan kita punya.. orang lain punya.
Aisyah : Bukan orang punya...
Ibu : Iye, orang punya sebab kat leher dia ada rantai....
Aisyah : Terus buat bunyi kucing.... (Miaw...miaw) Dia cakap nak masuk. Orang tak marah.
Ibu : Sabar kan aje...(Dlm Hati).
penyayang ngan kucing tu :D
ReplyDeleteSalam petang minggu buat maiyah...
ReplyDeleteTerima kaseh kerana singgah. Semuga persahabatan berkekalan...