Friday, January 8, 2010

Kisah Aisyah dan sekolah.


Sejak hari Rabu Aisyah dah merengek tak mahu pergi sekolah. Penat dah banyak kali pergi sekolah, katanya. Kerap di ulang-ulangkannya hasrat di hati tak mahu ke sekolah. Dan pagi semalam, Khamis selepas merasakan badannya agak demam, akak pun menghantar mesej kepada cikgunya tak perlu datang ambil kerana Aisyah demam.

Seharian di rumah, nampak sihat pulak. Boleh berlari sana sini bersama kakak Ain, Zahrah dan Qeeb. Boleh main games PS2 dan laptop... memang nampak sihat. Jadinya, hari Jumaat, Aisyah harus ke sekolah.

Pagi Jumaat... pukul 600pagi Aisyah dah bangun. Ajak ke bilik air... gosok gigi... then pakai baju... siap bawa turun sarapan...
Sambil menunggu cikgu datang.. aleh-aleh dia batuk-batuk....
Kejap batuk... batuk... lagi...
Akak pun ibu yang perihatin, beritahu cikgu, Aisyah cuti lagi...

Aisyah dibawa naik ke bilik dan di suruh berehat menonton TV...

Akak balik dialysis, muka ini dah tersengih depan pintu...

Ayoooo..... macamana ni?... Drama ke pagi tadi?....



Siap beredar dan cari tempat nak posing lagi.....

Ibu Aisyah dah tertipu......

11 comments:

  1. hmm..

    saya ada pengalaman anak macam ni...hehehe..dia malas nak ke sekolah sebab kat rumah macam macam ada ..kat sekolah boring...kata nya..hahaha

    ReplyDelete
  2. alamak aicah, aunty fa tak suruh batuk2 kan....kan aunty fa kata, tekan tekan sikit perut tu, lepas tu, muka buat jebik-jebik...waaa...aicah cepat betul belajar sendiri yeeee....hehehehehe.....

    ReplyDelete
  3. Aunty fa,
    ibu aichah dah tahu secwet... aichah dapat idea dari maner...

    ReplyDelete
  4. Bukan saja Aunty Fa sorang yg ajar Aisyah cenggitu... *berbisik* Aunty Som pun ... hehe. Penat taw pegi sekolah pagi2.. kena mandi lagi.. ish..

    Akak, keletah Aisyah tu akan jadi penawar bila dia besar nanti, kan kan?

    ReplyDelete
  5. kak som,
    betuilah.. dia memang tak akan mahu mandi pagi-pagi..sejuk katanya...
    Keletah Aisyah ni masa kecil memang penawar.. tapi bila besar... nak kena penampar jer..
    (Rhymes..rhymes yg penting...)

    ReplyDelete
  6. bukan penampar laaa...penamporr!! hehehe...

    Sian, Aicah...emak aicah cubalah pujuk2, rayu2, tak jadi jugak baru, cubit-cubitan yang halus2...hehhehe....

    ReplyDelete
  7. Fa,
    akak takler menampor... akak suka rhymeskan ajer ayat penawar dan penampar...
    Kalau Fa minah semetri...
    akak minah rhymes....

    ReplyDelete
  8. Allimaz-kembara terasing,
    salam perkenalan. Terima kaseh singgah. Semuga persahabatan akan terjalin.
    (komen tak dapt nak siarkan kerana hilang masa tekan publish...)

    ReplyDelete
  9. mamawana,
    terima kaseh... insya'allah aisyah akan dikerah supaya belajar rajin-rajin... segala taktik tak mahu pergi sekolah tak laku....

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails