Malam tadi Aisyah mahu menumpang tidur di bilik kakak2nya. Tapi, dia juga mahu membawa kesemua anak2 didiknya.
Puaslah dia merangkul kesemua anak2 didiknya untuk dibawa bersama-sama ke bilik kakak2nya. Akak yang menyedari perbuatannya pun turut ketawa melihat telatahnya yg terbongkok-bongkok memeluk kesemua anak2 didiknya. Ikut pengamatan akak, Aisyah akan mengalami kesukaran untuk membuka pintu bilik kami jika dia masih mahu membawa kesemua
anak2 didiknya.
Akak : Haaaa... macamana nak bukak pintu?...
Aisyah : Ibu tolonglah bukak kan pintu...
Akak : Ala... ibu dah tidor... ibu tak boleh bukakkan pintu.... ( pura-pura pejamkan mata dan berdengkor...)
Aisyah : Uwahhh....... ( terus meraung.....)
No comments:
Post a Comment