Thursday, November 26, 2009

Ain.

Sebaik kami tiba di Hotel Aseania Resort, Langkawi...

Ain: We need to explain....
( Sambil memandang abahnya...)
Ain inginkan penjelasan daripada abahnya mengapa hotel ini tiada bathtub dan meminta abahnya tukar hotel lain...

Ain tidak berpuashati kerana hotel ini tidak menyediakan bathtub di dalam bilik airnya. Selalunya jika kami dapat bilik air yang mempunyai bathtub, ain dan aisyah cukup suka berendam bersama-sama tidak mengira masa....

Thursday, November 19, 2009

Permintaan Aisyah.




Semasa kami di Underwaterworld Langkawi, akak mencari t-shirt untuk kenangan buat Aisyah kerana ini adalah pertama kali dia menjejakkan kakinya di Langkawi... Tiba-tiba ditariknya tangan akak menunjukkan pada suatu timbunan kotak tersusun. Akak pula dah terjumpa sehelai t-shirt yang nampak cantik tidaklah memperdulikan kehendak Aisyah.(Salah besar akak disitu).

Bila kami keluar dari Underwater world, Aisyah mula menangis dan merengek. Akak pegang tangannya tapi dia menarik kembali. Suami akak yang dah jalan di hadapan, berpatah balik kebelakang dan membantu memegang tangan Aisyah. Akak nampak Aisyah terus merengek dan cuba menarik tangannya. Suami akak menariknya kembali tapi bila dah banyak kali memreka bermain tarik-tarik tangan, suami akak pun melepaskannya.

Aisyah seolah-olah ingin berpatah balik ke dalam komplek Underwater World. Qeeb mengejarnya semula dan mendukungnya masuk kedalam kereta. Aisyah masih lagi menangis dan merengek hiba.

Akak memujuknya supaya tidur kalau dia dah mengantuk. Katanya dia tak mahu tidur. Sebenarnya Aisyah tak pernah sebelum ini menangis meminta barang seperti itu. Suami akak meneruskan perjalanan untuk mencari restoren bagi mengisi 6 perut yang sangat lapar. Jauh jugalah kami meninggalkan Kompleks Underwater World itu dan tangisan Aisyah sungguh kuat dan nyaring.

Bila akak teringat dia ada menunjukkan sesuatu di dalam kedai barangan cenderahati, akak beritahu suami kami perlu pulang semula ke kedai tersebut. Suami bersetuju dan pusing balik ke Kompleks Underwater World. Bawa Aisyah terus ke kedai tersebut dan Aisyah menunjukkan apa yang sebenarnya dia mahu. Ala.. benda kecil ni punya hal...

Kotak permainan puzzle itu di pegangnya sejak dari mula beli hinggalah sampai di rumah hendak tidur. Kotak itu berada disebelahnya.

Bila di pasang puzzle itu oleh kakak Ainnya, bila malamnya Aisyah menyimpannya kembali di dalam kotaknya kerana kuatir puzzle itu akan hilang.

Aisyah..Aisyah.. nak cakap tak pandai.. tapi perkara lain bukan main fasih.

Saturday, November 7, 2009

Sain Kontrak.

Zahrah, Qeeb dan Ain di tempatkan sebilik. Sewaktu hendak tidur pada setiap malam, zahrah sering menjadi tukang tutup lampu. Setelah beberapa lama menjadi tukang tutup lampu, zahrah telah mendapat suatu idea.

Zahrah: Ain, nanti awak tulis nama awak dekat kertas ini.

Ain: Kenapa? dimana?

Zahrah : (Menghulurkan sehelai kertas untuk Ain turunkan tandatangannya. Olehkerana Ain belum pandai mereka tanda tangannya, Zahrah menyuruh Ain menulis nama nya di atas kertas tersebut.)

Zahrah membuka kertas yang tertutup separuh itu dan memberitahu Ain bahawa Ain telah menandatangani satu kontrak untuk menjadi tukang tutup lampu selama 3 tahun.
Maka mulai malam itu, Ain menjadi tukang tutup lampu kerana akur dengan kontrak yang dia telah tandatangani.

Sahur.

Pagi tadi adalah yang pertama sekali akak berpuasa dengan bersahur kerana anak akak Qeeb pun ikut berpuasa. Dia telah mengunci jam pukul 5 pagi dan terjaga sebaik jam berbunyi.

Akak memang sejak kebelakangan ini sudah dapat tidur dengan lena. Alhamdulillah. Episod tidak boleh tidur itu telah tamat setelah akak memakan pil tidur selama 4 malam.

Sewaktu dikejutkan pada pagi tadi, akak memang sedang sedap bermimpi.

Qeeb: Ibu, bangun... dah pukul lima...

Ibu: Hmmmmm.....

Bila tersedar dari tidur, terasa bagai bermimpi. Semangkuk quacker oat dah tersedia.. menanti makan ajer... (Tersangatlah bagus....).
Selesai makan, akak bangun dan minum air suam. Terasa penuh perut.

Terima kaseh Qeeb. Ada teman ibu nak bersahur. Malam esok kita bangun dan masak maggi pulak.

Wednesday, November 4, 2009

Taktik Aisyah

Tiap malam setiap kali waktu hendak tidur Aisyah selalu mengelak hendak keluar bemain-main dengan kakak-kakaknya. A|Sejak dari lahir, Aisyah memang tidur dengan kami. Jadinya bila Aisyah ingin keluar bermain-main dengan kakak-kakaknya dia selalu membuat helah.

Aisyah: Ibu, Aisyah pergi minta susu kat mbak yer...

Ibu: Okay..

Aisyah terus pergi ke bilik kakak-kakaknya dan bermain bersama-sama mereka. Begitulah keadaannya tiap-tiap malam. Tetapi selesai bermain dengan mereka, Aisyah akan pulang ke bilik kami kembali.

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails