Saturday, February 27, 2010

Borak ngan Aisyah sebelum tidur.


Aisyah : Ibu, kenapa maknusia mesti ada dawah?

Ibu : Hmmm..... kena tanya doktor.

Aisyah : Abah kenapa maknusia kena ada dawah?

Abah : Sebab nak bagi maknusia tu kuat.

Aisyah : Ooooo... nanti maknusia tu boleh kuat tulangnya bila kena panas?.

Abah : Iyer...

Aisyah : Ibu, Qeeb kan shuka sangat dengan bahasa korea... dia suka sangat Taimen.

Ibu : Iyer... ( Hmmm sekejap jer dia dah jadi budak semula...)

Friday, February 26, 2010

100~1000~Juta.


Bila Aisyah mahukan sesuatu umpamanya di angkat dan di ayun badannya, dia mahukan sehingga berkali-kali. Kalau dalam bilangan yang banyak dia akan menyebut Seratus Ribu Juta..
Contoh:

Akak sedang baring di katil. Dia datang dan naik atas badan akak dan minta akak angkat seluruh badannya dengan kaki. Akak bertanya berapa kali mahu diangkat... Seratus Ribu Juta...

Akak : Satu.... (berhenti-turun kaki dan angkat lagi sampai 10 kali...)

Masuk kiraan yang ke 11 akan panggil seratus ribu juta.... Aisyah tak terima kerana padanya tak mencukupi. Dia akan kira semula sehingga kepada nombor yang dia tahu iaitu 20. Lepas tu barulah dia terima kalau akak beritahu dah Seratus Ribu Juta.




Aisyah dan anak2 didiknya.

Malam tadi Aisyah mahu menumpang tidur di bilik kakak2nya. Tapi, dia juga mahu membawa kesemua anak2 didiknya.

Puaslah dia merangkul kesemua anak2 didiknya untuk dibawa bersama-sama ke bilik kakak2nya. Akak yang menyedari perbuatannya pun turut ketawa melihat telatahnya yg terbongkok-bongkok memeluk kesemua anak2 didiknya. Ikut pengamatan akak, Aisyah akan mengalami kesukaran untuk membuka pintu bilik kami jika dia masih mahu membawa kesemua
anak2 didiknya.

Akak : Haaaa... macamana nak bukak pintu?...

Aisyah : Ibu tolonglah bukak kan pintu...

Akak : Ala... ibu dah tidor... ibu tak boleh bukakkan pintu.... ( pura-pura pejamkan mata dan berdengkor...)

Aisyah : Uwahhh....... ( terus meraung.....)



Sunday, February 21, 2010

Cucuku.. tanggungjawapku juga...


Inilah anak daraku yang banyak membuatku berfikir...


Babak Pertama: Ketika menonton drama TV3 ' Dunia Batinku '.

Ibu : Tengok tu... semua jangan ingat ibu sowang jer yang pukul anak... yang dalam TV tu pun sama.. mana-mana ibu dalam dunia ni.. sayangkan anak mereka dan jika anak mereka buat salah, tentunya akan ditegur dan di pukul kalau degil sangat....

Qeeb : Tapi ibu janganlah pukul dengan talipinggang macam dalam citer tu.. talipinggang abah mahal.. kalau putus nanti macammana?.. Abah nak pergi kerja dah takder talipinggang...

Ibu : Hmm.. rotan kan ada.. ibu mana pernah guna talipinggang...

Qeeb : Hmmm manalah tahu kot-kot lepas ibu tengok citer ni, ibu dapat idea pulak.. jangan ibu...
Lagi satu kalau ibu pukul kami dengan rotan... lepastu ibu selalu beli rotan maka pupuslah rotan nanti dalam hutan tu... Qeeb nak tunjukkan pada anak Qeeb macammana rupa rotan dah tak da .. macammana anak Qeeb..cucu-cucu ibu nak tahu rotan tu macammana?...

Ibu : Hmmm ( Nak ketawa pun ader... tapi control... ) Merepet jer.... ( Favorite word arwah makcik Ramlah sewaktu akak kecik2 dulu...).

Babak Kedua : Di kolam renang.

Qeeb : ( Dengan bangganya menghafal lagu berbahasa Korea dan boleh memahami makna lagu tersebut... Qeeb turut bernyanyi...)

Ibu : Cukup tu Qeeb.. Ibu meluat Qeeb bermegah-megah dengan bahasa yang tak bawak untung pada Qeeb dan Ibu.. Lainlah kalau Qeeb hafal Quran ker.. Fasih Bahasa Arab Ker...

Qeeb: Qeeb minatlah ibu....

Ibu : Minat tapi tak beri manafaat buat apa?... Lainlah kalau Qeeb dah fasih bahasa Arab, Qeeb nak belajar bahasa apapun ibu izinkan... bahasa Tamil pun ibu sanggup...

Qeeb : Nanti Qeeb bawak balik menantu Bangla nanti...

Ibu : Bawaklah... Suami Qeeb.. Qeeb yang pilih...

Qeeb : Tapi... cucu ibu juga yang 'at stake' ni.. Ibu sanggup dapat cucu hitam macam bangla?

Ibu : ( Dalam Liver ) Aku lagi yang kena....

Thursday, February 18, 2010

Ustazah Aisyah


Tiapkali kami mengadakan sesi mengaji... tiapkali itu juga Ustazah Aisyah akan turut serta. Dia minta diajarkan Iqra dan akan bersama2 membaca Doa Penerang Hati dan Al-Fatihah...
Bila giliran Ain mengaji, dia yang meminta akak mengajar Ain sebentar saja agar dia boleh bermain dengan Ain...

Walaupun memakai telekung, bila bergambar.. tetap nak buat jari 'peace'....


Tuesday, February 16, 2010

Aisyah ~ permintaan yang tak masuk akal...

Sedang akak leka menonton berita TV3 di Tv tetiba Aisyah masuk...

Aisyah : Ibu, saya nak baby...

Ibu : Apa?.. baby aper...???

Aisyah : Boleh tak saya nak baby pempuan???...

Ibu : (Terkejut) Aper?.. Aisyah nak buat aper?

Aisyah : Saya nak baby pempuan...

Ibu : Ain kan pempuan... Aisyah mainlah dengan dia...

Aisyah : Aisyah nak baby...Ain bukan baby...

Ibu : Nak cari mana baby pempuan?... (Pura-pura tak tau)

Aisyah : Ibu... bolehker maknusia bertelor....????

Ibu : ( Dalam liver...) pandainyer lah pulak....

Aisyah..Aisyah.. dia tak tahu mak dia dah masuk species tak boleh beranak.... Hmmm... lambatnya nak besar Aisyah ni. Dah pandai nak beradik pulaklah dia.... Unsangkarable.. ingatkan dia dah perasan yang dia tu bongsu.... tak mahu adik lagi... rupa-rupanya teringin....

Bila akak tanyakan lagi.. dia malu....


Friday, February 12, 2010

Tengahari tadi dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba lalu sebuah motorsikal polis yang terbaru. Memang cantik...

Isteri : Yang, cantiknya motor tu...

Suami : Eleh.. dulu Abang nak beli yang tak kasi...

Isteri : Iyerlah.. kan bahaya...

Suami : Dulu abang nak beli big bike .. Yang cakap kena beli serena dulu...

Isteri : Iyerlah.. kalau keta.. ramai boleh naik...

Suami : Abang dah tak dapat beli.... Abang nak beli sekarang jugak...

Isteri : Belilah... Nanti kalau jatuh.. Yang larat ke nak angkat? Orang tak kuat nak tolong.. nanti rosak fistula orang....

Suami : Iyerlah.. dah tua ni Yang kata belilah.. dulu masa muda Yang tak kasi... kalau tak mau jatuh Abang buatlah dua roda kecik kat kiri kanan motor tu...

Isteri : ( Tak tahan gelak... membayangkan suaminya bermotor besar tapi ada dua tayar kecik macam basikal aisyah...)

Bear yg telah convert..



Sewaktu akak muda dulu, akak kerja dgn Muslim Convert Association...
tak pernah dapat tetamu bukan islam yang convert beramai-ramai begini...
selesai convert, memasing bersolat jemaah beramai-ramai...
lihatlah,
ustazah aisyah telah berjaya mengislamkan
patung-patung nya...
( jgn salah faham... sekadar gurauan pagi jumaat...)


Sunday, February 7, 2010

Rajuk Aisyah.




Selepas akak naik dari memasak tadi, akak lihat Aisyah dan AIn dan Zahrah sedang bermain palystation 2 di dalam bilik TV. Tetiba terdengar raungan Aisyah yang begitu kuat dan sedih sekali bunyinya. Akak pun memanggillah anak bongsu kesayangan tu.

Aisyah : Huuuuuhuuuuu... Ibu....

Ibu : Siapa buat anak ibu?... Kenapa?..

Aisyah : ( Dah masuk bilik kami ) Ibu, kakak jahat... dia kata ... nanti Aisyah jadi Ayam Goweng...

Ibu : Apa?.. Kakak panggil Aisyah ayam goweng... memang nak kena kakak ni...( Buka pintu sambil memanggil kakak ) Kakak... mari sini sekejap...

Kakak : Saya ibu.... (datang masuk ke dalam bilik..) Saya...

Ibu : Kenapa kakak panggil Aisyah ayam goweng?.. kenapa buat macam tu?.. (Pura-pura marah)

Kakak : Saya saja jer... ( Sambil ketawa )

Aisyah : (Masih menangis hiba...)

Ibu : Minta maaf.. jangan cakap macam tu lagi... adik sedih tau...

Kakak : Okay....

Taklama lepas tu Aisyah keluar dari bilik kami dan bermain dengan kakak-kakaknya. Kemudian dia masuk balik ke dalam bilik kami.

Ibu : Hai... ayam goweng...

Aisyah : ( Terus menutup muka dan menangis... Ingatkan boleh bawak bergurau... )

Ibu : Ibu main-main jer lah...

Aisyah ambil masa juga nak hilang rajuknya.

Abahnya yang sedang makan anggur mengajak Aisyah makan bersama-sama. Aisyah makan sebiji dua dan hendak ambil beberapa biji lagi untuk di berikan kepada kakak-kakaknya.
Begitulah hati seorang budak... masih lembut dan tidak berdendam.

Friday, February 5, 2010

Penjawa....

Aisyah dah lega sebab dah tak payah bangun pepagi bute sepi'eee...(akak chedok dari ja..)
duduk rumah sensorang sebab tiga-tiga kakak dia sekolah...
tiap-tiap malam dia bagi statement..
" Ibu, esok jangan pegi spital... ibu tak sakit lagi kan..."
" Ibu, bolehtak kalau Ain tak payah sekolah.. duduk dgn aichah kat wumah..."

Tapi yang paling mengesankan bila dia berkata..
" Abah asyik tengok tv sajer..."
" Ibu asyik main laptop sajer..."
Dia sunyi bila semua kakak2 dia kena tidur awal masa hari sekolah...

sesekali dia cepat2 usik laptop akak...
" Ibu, ibu kena tengok petville... nanti ibu masuk Penjawa..."
akak dah tak minat main pet ville, fish ville dan farm ville...
dia yang meneruskan akaun akak...
naik level dia yang faham...
kadang2 akak tengah sibuk blog..
dia jewit...
" Ibu.. nanti masuk penjawa..."
akak pulak jewit...
" biar...biar ibu masuk penjawa..."
Aisyah tak peduli, terus duduk kat riba akak dan bukak FB akak...
bukan main lagi dia menjaga akak supaya jangan masuk
P E N J A W A.......

Wednesday, February 3, 2010

Kalau sekolah...

Semalam usaha ibu Aisyah membawa Aisyah ke Pustaka Rakyat untuk membelikan buku buat mengajar di rumah. Sebaik tiba di rumah, Ain mengajak Aisyah bermain PS2 tapi buat julung-julung kalinya Aisyah menolak.

Aisyah : Tak boleh, Aichah nak buat ini.. ibu suruh.... ( Sambil menunjukkan buku nombor ~ Mari Mengira ).

Petang itu, Aisyah pun cuba membaca Buku Mari Membaca.

Aisyah : L i L i n - Api....

Aisyah : Y u - Shark....

Habis lah anak dara ku......

Tuesday, February 2, 2010

Aisyah dan sekolah.


Mulai hari ini, Aisyah dah diisytiharkan bercuti selama setahun dari menghadiri mana-mana kelas tadika.... ( Itupun tengok jugak... ).
Kami dah cuba selama sebulan cuba untuk menghantar Aisyah ke tadika tapi kami menjadi betul-betul hiba hati apabila ingin membangunkan puteri ini dari tidurnya yang lena.
Maka, setelah bermesyuarat hati ke hati dan perah segala buah fikiran .... kami memutuskan untuk mewehatkan dan membiarkan anak kesayangan bungsu kami daripada terpaksa bangun pagi-pagi, mandi pagi-pagi....

Aisyah Sakinah...
mungkin ada ibubapa dan guru-guru yang merasakan kami melampau sungguh bertindak begini demi masa depan Aisyah tetapi.... hanya Aisyahlah peluang yang terakhir kami ada anak kecil yang ibu sangat suka nak gomol-gomol ... kakak-kakak Aisyah dah lalui masa ini... dengan masa ibu terhad ~ tak seperti dahulu ( sering kena ke hospital...) masa yang kita ada inilah sahaja untuk kita habiskan bersama-sama sebab bila Aisyah dah besar... kita dah tak dapat lagi merasai detik sebegini......

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails