Monday, March 29, 2010

3 perkataan Penting Dalam Hidup Aisyah.

1. Ibu tolong gawuk belakang...

2. Ibu kowek tinger.. ( korek telinga ).

3. Ibu nak uwut kaki...

Inilah ayat-ayat penting dalam hidup Aisyah. Kelam kabut dia datang mencari ibunya meminta salah satu daripada ketiga-tiga perkara tersebut.

Yang buat kelakarnya.. ketiga-tiganya ada huruf 'r'.. Kepayahan Aisyah menyebut 'rrrrrr...' sering menjadi bahan ketawa kami sekeluarga...

Wednesday, March 24, 2010

Nak gawuk..



Aisyah : (kelam kabut masuk bilik....) Ibu..... tolong gawuk....

Ibu : kat mana?

Aisyah dah tarik bajunya....

Aisyah : kat shini.... ya.. atas sikit... kiri shikit... ok... atas sikit... tepi sikit.... bawah sikit... kat shini....

Dua tiga kali ubah... dia pun.. diam....

Legaaaaa.............



Wednesday, March 17, 2010

Ibu... boleh...

Aisyah : Ibu... boleh saya tengok farm ibu?

Ibu : okay.....

Aisyah : Ibu... boleh saya basuh kolam ibu?

Ibu : okay....

Aisyah : Ibu... kena bagi makan lisha kat pet bille...(petville) nanti ibu kena mashuk penjawa...

Ibu : oK...

Ada sajalah alasan Aisyah nak main lektok ibu..... Dia tahu dia selalu buat kedekut bila ibu nak pinjam lektok dia... dia mula-mula kata nak tolong buat itu ini... lepas tu dia main puas-puas games yang dia suka...

Kulit buaya.

Ain juga dibelikan kasut boya yang baru kerana abahnya bermurahhati membelikan kasut tersebut walaupun ain tak minta....
Sewaktu berjalan ke MidValley, Ain telah berkata sesuatu...

Ain : Saya rasa macam jalan atas kulit buaya.....

Ain merasakan kasutnya yang ada titik-titik dipermukaannya tak selesa pada tapak kakinya...


Wednesday, March 10, 2010

Anak didik Aisyah.

Inilah barisan anak didik Aisyah. Bila Aisyah memerlukannya, Aisyah akan menghimpun kesemuanya. Buat masa ini, akak pun tak tahu kemanalah diletakkan mereka semua ini...
Pernah sekali tu, satu malam Aisyah ingin menumpang tidur di bilik kakak-kakaknya. Mencuba membawa kesemua anak-anak didiknya, memang tak mudah. Terbongkok-bongkok Aisyah mencuba memeluk kesemua anak didiknya dan di masa yang sama perlu membuka pintu.
Bukan mudah...
Bila akak mengusiknya, menangis/melolong Aisyah...

Kedai Sikat Wambut.

Bila malam.. kakak-kakaknya semua dah masuk tidur... Aisyah tiada teman nak bermain..
Akhirnya pada suatu malam, berbekalkan 2 jenis sikat...
Aisyah duduk di katil manakala abahnya duduk di lantai..
Aisyah bermain satu permainan..
Abahnya jadi pelanggan..
' Kedai Shikat Wambut...'
Puaslah dia menanti untuk abahnya duduk dihadapannya
" Abah, cepatlah... kedai shikat wambut dah nak tertutup ni..." rayu Aisyah...



Wednesday, March 3, 2010

Aishah bertukar menjadi.....


Aisyah dah tak sekolah....
Duduk rumah menanti 'digimon'
ibu dia nak tengok citer lain.. berebut-rebut dgn aisyah...
lama-lama jadi gaduh...
ibu dia tak nak mengalah...
Aisyah pun tak mahu mengalah...
dua-dua nak tengok kat atas
dua-dua malas nak turun bawah...

Aisyah pesan
'kalau ibu main lektok, bagi Aichah tengok tv...'
ibu buat tak peduli...
Aisyah terbengot....

Untunglah Aisyah tak bertukar menjadi
'terbengot mon....'
hehehehehe....


Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails