Thursday, October 29, 2009

Aisyah dan Ain-buah pinggang.



Akak, ain dan aisyah sedang duduk bersama-sama di atas katil. Ain sedang bermain games di laptop manakala aisyah hanya menjadi pemerhati.

Ibu: Aisyah,kalau ibu minta aisyah bagi buah pinggang aisyah pada ibu boleh?

Ain: Aisyah, ia akan menyakitkan.

Aisyah memandang kehairanan dan agak takut kearah akak.

Akak: Boleh tak aisyah bagi buah pinggang aisyah pada ibu? Nanti aisyah kena pergi hospital, doktor akan potong buah pinggang aisyah dan bagi kat ibu satu. Aisyah ada dua buah pinggang...

Aisyah: Tapi ia kecik sangat.....

Akak: Tak.. size aisyah punya sama saja dengan ibu punyer...

Aisyah: nanti ibu mati?....

Akak: Yer....

Aisyah: Kenapalah mbak tak nak pakai tali pinggang?....[apakah kaitannya dengan tali pinggang, akak pun tak tahu... mungkin pada aisyah ada kaitan... ataupun hendak lari dari topik yang amat berat hendak dijawapnya].

Akak : Ain, macam mana? Ain boleh bagi buah pinggang ain pada ibu?..

Ain: Adakah ia akan menyakitkan.

Akak: yer.. ia akan potong dan akan ambil bagi ibu....

Ain: Uuuuummmmm tak boleh.

Itulah kenyataan ikhlas dari anak-anak akak yang berusia 10 tahun dan 4 tahun. Sebenarnya akak sengaja ingin menduga mereka dan melihat apakah jawapan yang akan mereka berikan. Sungguhpun mereka tiada merancang untuk menyakiti hati tapi inilah jawapan yang akan kita dengar dari kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan 4 tahun mengenai kesakitan.

Zahrah bila ghafla...(gelabah).

Masa tengah makan malam, kami berbual-bual.

Qeeb: Ibu,malam tadi susah nak tido laa sebab hidung tesumbat. pastu qeeb tengok la crite twilight dekat laptop

Ibu : Ibu amek je laptop tu mesti senang tidur

Tibe - tibe Zahrah menyampuk

Zahrah : YES! Bagos tu ibu. Qeeb selalu pasang lagu kuat kuat malam malam. Susah Saye nak tido.

Akak pon merenung muka Zahrah dengan muke yang agak serius( bukannya ada niat nak marah )

Zahrah : Aduh!( sambil mengurut urut kepalanya ) Saye saket kepale laa. Saye pon tak tau saye cakap ape.....

Sebenarnya akak cuma pandang biasa aje tiada niat nak marah zahrah, cumanya zahrah tiba-tiba rasa bersalah... lepas cakap dia terus lari naik tangga.

Kami yang sedang mengadap makan malam terasa lucu sangat.

Wednesday, October 28, 2009

Zahrah-Langkawi.

Pulang dari sekolah dengan wajah yang gembira dan memegang sehelai kertas, Zahrah memberitahu bahawa sekolahnya ada membuat lawatan ke Langkawi.

Zahrah: ibu, cikgu nak bawa kami pergi Langkawi. Ini ada surat untuk kebenaran.

Ibu: Kakak, ibu tak tahu apa-apa... kakak kena tanya abah.

Zahrah: Tapi kenapa Qeeb boleh?

Ibu: Qeeb pergi tak jauh.. dekat sini aje.

Bila abahnya pulang, sekali lagi dengan penuh harapan, zahrah memohon kebenaran ingin mengikuti lawatan ke Langkawi.

Abah: Tak boleh, abah dan ibu tak ada...

Zahrah: Tapi kenapa Qeeb boleh....

Abah: Qeeb, pergi dekat sini ajer... ini jauh beratus kilometer.

Ibu: Kakak ingat tak masa kita pulang dari Langkawi dulu, naik feri.. feri terbakar?... Bahaya ke tak bahaya?... Ibu dan abah takda...

Zahrah: (Agak kecewa dan terpaksa setuju).

Petang tadi, zahrah menerima panggilan telepon daripada kawan baiknya mawar.

Zahrah: Kita dah beritahu tapi mak abah kita tak bagi pergi...

Zahrah: Kita dah bagitau.... mak abah kita tak bagi pergi.

Zahrah: Takpa lah mawar, bila cuti nanti, kita ajak lah abah kita pergi bercuti.


Terfikir akak begitu mudahnya Zahrah menerima keputusan kami yang dia tak boleh pergi Langkawi. Tidaklah dia bermasam muka, memberontak tak mahu makan, merayu-rayu berkali-kali sehingga dibenarkan pergi. Merajuk pun tidak... apa keputusan kami, dia menerima. Tak merungut dan tak mengungkit pun.

Bila mendengarkan perbualan antara Zahrah dan Mawar, akak rasa bangga sendiri. Anak akak dah besar tapi mudah nak menguruskannya. Tidaklah dia keluar sesuka hati bersama kawan-kawan ke pusat membeli belah ke, menipu kami ke....

Akak rasa bersyukur sangat mempunyai anak yang menghormati keputusan ibubapanya.
(Kalau akak lah.... masa baya-baya zahrah dulu.....hmmm tak kuasa nak cerita...).

Aisyah - keluarkan angin

Aisyah dan zahrah sedang bermain 'snake dan ladder'. Tiba-tiba kakak menjerit...

Zahrah: Aisyah..aisyah kentut ye...

Aisyah: Bukan Aisyah lah, mbak yang keluarkan angin.

Pandai berdalih sekarang ni. Aisyah memang sudah pandai malu kalau terlepas angin. Tapi ayat yang dia gunakan memang kelakar. Jika kita yang dituduhnya, kita pun tak akan marah.

Friday, October 23, 2009

Ain sayang Aisyah.


Aisyah..
ini bukti kakak Ain sayang pada Aisyah.
Jika nanti bila ibu dah takda, janganlah lupa
kakak Ain memang sayang pada Aisyah

Apa Aisyah minta, kakak Ain buat.
Apa kak Ain makan, Aisyah minta dia beri...

Thursday, October 22, 2009

Sahabat baik Aisyah


Semua sahabat baiknya dah diaturkannya menonton tv dengannya. Aisyah dah tinggal seorang kerana ketiga-tiga orang kakaknya sedang bersekolah maka hanya inilah yang menjadi teman baiknya untuk menonton tv.

Wednesday, October 21, 2009

Kerjaseni Ain.




Permainan ini dimain ala-ala Pin Ball. Ala zaman kita kecik-kecik dulu, masuk duit lepas tu lepaskan bola, cuba jaga bola tu jangan terlepas jagaan. Ain buat versi manual. Enjoylah akak main....

3 beradik yang berbeza.

Masa ambil gambar ni, Qeeb tak ada. Dia sedang melayan kawan baiknya yang datang kerumah kami petang tu dan dia tidak mahu mengikut kami pergi beraya. Cuma 3 beradik inilah yang masih rajin mengikut kami keluar beraya.

Aisyah memang garang orangnya. Selalu marahkan Ain. Tapi bila dah tiada kawan, dia akan datang meminta maaf tanpa disuruh. Cepat marah tapi cepat cool...

Aisyah : Ain ni memang ....... (adalah ayat yang dia nak gunakan .... tapi selalu tak tahu )

Ibu: Ain ni memang lah kakak kesayangan Aisyah. Dia sayang sangat pada Aisyah..... ( AKak selalu sambung ayat Aisyah.. Bila mendengar begitu, Aisyah pun lembut hatinya tak jadi marah).

Zahrah adalah seorang kakak yang pelembut. Walaupun perangai ketiga-tiga adiknya selalu mencabar kesabarannya, dia cuma marah sebentar sahaja, lepas tu sejuklah balik. Selalunya dia berjaya memujuk Aisyah yang sedang marah dan menangis. Dia akan membuat jenaka hingga Aisyah ketawa.

Tapi Ain memanglah pelik sikit... Agaknya sebab selalu sangat tengok cerita Dexter Labarotary makanya dia kalau menjawap soalan macam robot. Suami akak kata kalau pagi-pagi kita kejut bangun, terus Ain buka mata dan duduk dan berkata : Iye... (macam robot baru sedar).

Macam-macam perangai anak-anak kan....

Sunday, October 18, 2009

Kerjaseni Ain.

Ain memang cukup meminati kerja-kerja seni begini selain daripada melukis.

Anak ayam yang telah dibentuk daripada kapas dan kertas.

Friday, October 16, 2009

Aisyah - komputer ibu

Aisyah dah rajin ke kolam ikan.

Jarinya dah control, jangan ada orang lain... memang kena tepis.

Thursday, October 15, 2009

Aisyah dan kucing2.



Aisyah cukup suka main dengan kucing. Tapi selepas ini, matanya akan bengkak....

Kerjaseni ain.


Inilah kerja seni Ain. Di gunakannya sebagai tabung mengisi duit dan tempat letak pensil.

Wednesday, October 14, 2009

Reaksi Tuan kucing.


Akak tunjukkan pada kedua-dua anak dara akak yang suka sangat kat kucing tu.

Ibu: Tengok... kucing tu dah nak makan ikan kita....

Ain: (Seperti biasa bertenang) Dia tengok aje ikan itu, bukan dia nak makan ikan itu.... biarlah...

Ibu : Aisyah, ibu rotan kucing tu nanti yea.. sebab dia nak makan ikan kita...

Aisyah : Jangan,... itu kucing orang shebelah......

Sekarang, siapa tuan kucing?....

Tuesday, October 13, 2009

Ain - makcik Ella

Ain ni memang unik budaknya, bercakap pun sepatah-sepatah. Suka mendiamkan diri dan banyak menghabiskan masanya melukis dan membuat arca daripada plastecine.

Sejak akak berkawan dengan Puan Ella, akak sering duduk berbual sambil menunggu zahrah yang ketika itu bersekolah petang semasa di tingkatan satu.. Sambil menunggu anak masing-masing, kami akan tunggu di tempat letak kereta Bangi Perdana. Dari situ, hubungan kami emak dan anak-anak masing-masing menjadi mesra.

Bila ada ketika bila Ella tidak datang mengambil anaknya kerana bercuti, Ain akan bertanya

Ain : Ibu, mana kawan ibu makcik Lin?

Ibu : Makcik Lin mana pula ni?...

Ain : Ala, makcik Lin yang anaknya lebih 2 orang dari kita.

Ella mempunyai 6 orang anak dan kami mempunyai 4 orang anak. Jadinya anak Ella lebih 2 orang dari kami.

Ibu : Ain, itu makcik Ella la.. bukan makcik Lin.

Ain : OOOO... saya ingat makcik Lin.

Monday, October 12, 2009

Aisyah - Kecil hati.


Lenggang... lenggang..
Lenggang lah lenggang kangkung
Rupa garang macam beruang
Rambut pendek hidungnya kembang

Suatu hari, ketika Aisyah berusia 2 tahun 6 bulan sedang akak duduk masak di dapur, tiba-tiba Zahra menyanyikan lagu ini. Awalnya akak tak perhatikan liriknya. Tapi bila sudah 2 3 kali di ulang-ulang, perasan lah akak senikata lagu ini ken sungguh dengan seseorang yang sedang duduk bersama-sama di sisi akak.

Akak pun turutlah menyanyi lagu ini. Qeeb yang turut berada di dapur pun turut menyanyikan lagu ini. Jadinya memang riuhlah kami di dapur.

Tiba-tiba, Aisyah menangis sayu.

Zahrah : Aisyah... kenapa nangis? Kenapa Aisyah sedih sangat?

Aisyah : Ibu buat....

Ibu : Ehhhh... mana ada ibu buat?

Aisyah : Iya....

Qeeb : Ibu, agaknya ibu nyanyikan lagu tu kotnya dia sedih.

Kami nyanyikan lagi. Betullah, makin kuat tangisnya.

Terasa betul hati Aisyah bila di sebutkan

Muka garang macam beruang
Rambut pendek hidungnya kembang

Aisyah - Tentuik

Akak terkenang kembali sewatu Aisyah masih kecil dahulu. Dia pelat juga dalam pada petah bercakap..

Bila ada barang kepunyaannnya di ambil oleh Ain ataupun sesiapa yang ingin menyakatnya, dia akan menjerit, " Tentuik... tentuik... ( Pencuri...)."

Oleh itu, memang menjadi-jadilah kami mengusiknya.

Thursday, October 8, 2009

Aisyah dan kucing.

Inilah kucing jiran yang ingin di tukar hakmilik oleh Aisyah.


Pagi tadi sewaktu akak pulang dari kedai kelihatan Aisyah sedang menanti di pintu. Rupa-rupanya dia sedang memujuk seekor kucing yang kelihatan jinak untuk masuk kedalam rumah kami.

Ibu : Aisyah... jangan panggil kucing. Bukan kita punya.. orang lain punya.

Aisyah : Bukan orang punya...

Ibu : Iye, orang punya sebab kat leher dia ada rantai....

Aisyah : Terus buat bunyi kucing.... (Miaw...miaw) Dia cakap nak masuk. Orang tak marah.

Ibu : Sabar kan aje...(Dlm Hati).

Thursday, October 1, 2009

Ain.


Setelah sekian lama akak tidak membawa Ain menggunting rambutnya sehinggakan akak dah tak sanggup melihat rambutnya menggerbang tanpa diurus.... akhirnya pada hari ini barulah akak berpeluang membawanya ke kedai gunting rambut.

Lupa pula nak ambil gambar sebelum digunting. Memang serabut. Tapi bila dah gunting.....

Cantik.....

Aisyah - potong rambut pertama kali di kedai.




Setelah berusia 4 tahun 4 bulan, inilah baru pertama kali Aisyah akak bawa untuk di gunting rambutnya di kedai gunting rambut. Sebelum ini, menjadi tugas akak untuk menggunting rambut Aisyah.

Selalunya upacara menggunting rambut dilakukan di dalam bilik air dan akak akan menggunting rambutnya dengan fesyen yang sama tiap kali gunting. ( Itu aje yang akak tau...) Hanya baru-baru ini akak menggunting rambutnya di luar kawasan bilik air. Aisyah akan akak bukakan bajunya dan dipakaikan baju kertas surat kabar dan duduk di atas bentangan suratkhabar.

Hari ini, setelah akak mengetahui bahawa di belakang rumah akak ada kedai gunting rambut dan akak taklah perlu lagi ke bandar Kajang, akak membawa semua anak-anak akak untuk digunting rambut.

Pulang dari kedai gunting, akak kurang duit RM100.00 dan tokey kedai gunting menyeringai...

" Manyak untung ma.... ini nyonya latang bawa anak pelempuan lamai-lamai ... Haiya!.... "

Qeeb - UKM



Semalam, qeeb bersama-sama 18 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolahnya dipilih untuk menyertai program melawat ke UKM, Bangi. Di sana mereka diberi taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan dibawa melawat persekitaran kampus UKM.

Kunjungan yang mengambil masa dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang dan disambung pada hari ini, muga-muga banyak memberi kesan bagi pelajar-pelajar tersebut. Mudah-mudahan mereka akan menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran mereka sehingga peringkat yang lebih tinggi.

Pada hari penyampaian hadiah sempena meraikan kejayaan pelajar-pelajar mendapat 5A di sekolah rendah Qeeb yang lalu, Qeeb dihadiahkan sebiji mug tertera nama UKM dan pada lawatan ini Qeeb mendapat cenderahati iaitu topi yang terukir nama UKM.

Suami akak yang pernah menjadi pelajar UKM semasa mengambil ijazah dan sarjana pun tak pernah membawa pulang cenderahati UKM. Bila tiba pada anaknya pula, menjadi pengumpul cenderahati UKM. Tapi, bila ditanya cita-citanya.... qeeb lebih berminat melanjutkan pelajaran di UPM. Insya'Allah.....

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails