Wednesday, December 30, 2009

Kenangan masa mula pindah Penang.

Suami akak dihantar berkhidmat ke Hospital Penang pada tahun 2001. Maka, akak dan anak-anak turut berpindah sama. Ini adalah sebahagian dari kisah anak akak iaitu Zahrah.

Zahrah : Ibu, kawan saya kak sekolah semua pandai cakap bahasa arab....

Ibu : ( dengan riak muka yang 'impress'...mata beliak, kening pun terjongkit....) Iyer....? (Dlm hati vangga sebab pandai akak pilih sekolah untuk anak akak...)

Zahrah : Iyer... ibu ajarlah sikit macamana...

Ibu : (Terus ajar yang terlintas di kepala...)
Kaif Fa Hal.... - Apa kabar?
Alhamdulillah, bi khair...... - jawaplah saya sihat, alhamdulillah...
Masmuki - Nama awak apa ?
Ana zaharah - Nama saya zaharah.......

Esoknya, dengan bersenjatakan sepatah dua ayat, akak pun menghantar Zahrah ke sekolah. Waktu menunggu loceng masuk kelas berbunyi, akak berbual dengan kawan sekelas zahrah.

Kawan zahrah : Aunty, semalam zahrah teghiak....

Akak : Iya ka?... buat apanya dia teghiak?...

Kawan Zahrah : Tak tau lah pasai apa dia teghiak... tiba-tiba dia teghiak...

Zahrah : Wah! Ibu pun faham bahasa arab yer..... (sambil senyum memandang ibu...)

Ibu : OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Ini ke yang zahrah ingat bahasa arab?...... ini bahasa penanglah...... (memandang zahrah penuh kasihan kerana tak tahu beza bahasa arab dan bahasa melayu penang....)

Kita bila pindah randah, kita selalu pikir nak cari rumah, cari sekolah untuk anak. Tapi kita terlupa nak sediakan anak dgn bahasa/loghat penduduk setempat....
( Tapi... hanya mak Andeh ajer yg jadi begini... kan?!)

Monday, December 28, 2009

Aisyah Dah ubah fikiran.

Semalam pulang dari rumah SIL, Aisyah menangis meminta hendak bermain PS2 dengan Ain. Tetapi jam dah menunjukkan pukul 1100 malam. Mereka sudah perlu dilatih tidur awal kerana selepas sekolah dibuka, kesemua anak-anak akak bersekolah sesi pagi termasuklah Aisyah.

Aisyah : Aichah tak mau pegi sekolah... Aichah nak main playstation chaja...

Ibu : Aisyah kena pergi sekolah... Aisyah mesti jadi pandai...

Aisyah : Aichah tak mahu pandai... Aichah nak main playstation chaja...

Ibu : Okay... kalau Aisyah tak sekolah, Aisyah nak main dengan sapa? Ain, kakak dan qeeb semua pergi sekolah... Kalau Aisyah pergi sekolah, Aisyah boleh main playstation bila ain balik sekolah...

Aisyah boleh terima alasan ini dan terus diam... Sambil baring, matanya pun dah terlelap...

Senangnya.....


Friday, December 25, 2009

Kakak Zahrah Demam?...

Akhirnya... setelah sekian lama kakak zahrah boleh bertahan, kena hari ini 25hb Disember 2009, pertama kalinya sejak zahrah baby comel dulu.....

"Maka dengan ini saya pemegang mohor besar bukan keturunan raja mengistiyharkan bahawa Cik Siti Fatimah Azzahrah telah demam mulai hari ini...."

Aisyah sangat berpuashati kerana upacara memindahkan demam telah berjaya.

Thursday, December 24, 2009

Aisyah demam...


Blogger yang paling muda dirumah kami dah demam pulak dia.... Hari isnin hari tu kakak Ain yang demam... sejak hari selasa malam, Aisyah pula dah mula batuk, selsema dan demam.

Bila Aisyah dah demam, dia agak meragam sikit... Orang berbual kuat sikit kat bawah, dia hanya tidur dalam bilik pun dia nak komplen orang lain bising. Dia menyuruh akak memanggil kakaknya dan kena ada upacara memberi demam kepada kakaknya. Akak perlu memanggil kakaknya dan menepuk badan kakaknya sampai berkata, " Kakak..... ambil demam Aisyah..." Lepas tu tepuk kuat sikit. Selalunya kakaknya akan ketawa bila akak buat begitu. Ini adalah kerana dalam rumah kami, Zahrahlah yang tak pernah mengalami demam. Seingat akak, sejak lahir.. pernahlah sekali sahaja Zahrah demam ketika berusia 1 tahun 6 bulan... lepas tu tak pernah demam.

Pernah terjadi bila selesai upacara tersebut, Aisyah terus baik demam. Sebenarnya ini bukanlah upacara apa-apa cuma untuk menyedapkan hati Aisyah, Kakak pun seronok menjadi sebagai penerima demam dan yang lebih seronok kerana dia tak pernah kena demam.

Wednesday, December 23, 2009

Sunday, December 20, 2009

Aisyah lagi...

Malam ni dia datang lagi merayu dan meminta...

Aisyah : Ibu, aichah nak pinjam laptop...

Ibu : Eh.. kenapa nak pinjam ibu punya kan aichah dah ada laptop..

Aisyah : Aichah punya laptop batewi dia dah habis...

Ibu : Aisyah chargelah laptop tu...

Aisyah : Aichah nak pinjam laptop ibu bolehlah....

Ibu : Ibu nak guna....

Aisyah : Ibu kan sayang Aichah... bagilah Aichah pinjam laptop ibu....

Memang sengaja dia nak menghitam putihkan hidup akak....

Saturday, December 19, 2009

Eh! betul ke ni?....

Kadang-kadang mereka tidak begini
Yang si adik akan menjerit mengatakan tak sayangkan kakak
Yang kakak akan menangis sambil menjerit dah tak suka adik
Tapi...
Gambar ini tidak menafikan
Kakak dan adik saling menyayangi....


Wednesday, December 16, 2009

Kelas Komputer.


Sejak dari semalam, Aisyah dan kakaknya Zaharah telahpun mendapat laptop masing-masing yang sepatutnya diberikan pada harijadi kakaknya pada bulan Febuari dan harijadi Aisyah pada bulan Jun.

Maka bermulalah kelas komputer yang dikendalikan oleh Mariyatul Qibtiah.


Monday, December 14, 2009

Hari Lahir Ain.

Chocolate cake... permintaan birthday girl..

Makanan/Juadah yang dihidangkan buat birthday girl...

Akibat terkejut yang teramat sangat kerana tak sangka-sangka... hadiah nintendo DS menjadi laptop... Terus abah di peluknya...

Abah di peluk dengan penuh kasih sayang dan gembira... (Nampak tak.. masa ni Aisyah melarikan diri ke dalam bilik, sambil menggaru kepalanya... lihat gambar belakang ain dan abah.....)

Kegembiraan seorang yang baru mendapat hadiah idaman...

Berkongsi kegembiraan bersama adik kesayangan...

Hari ini 13hb Disember adalah hari ulangtahun kelahiran Qurrata Ain. 10 tahun lalu, Ain dilahirkan di Hospital Melaka. Waktu pertama kali akak melihat wajahnya seiras kawan baik akak di Taman Pokok Mangga. Terkejut jugak... Macam muka anak cina.....

Hari ini memang dinanti-nantikan oleh Ain. Begitu mengharap untuk mendapat hadiah game boy yang baru. Tapi dia cukup gembira kerana abahnya membelikan Dell Laptop...Terus dia memeluk abah kerana gembira.

Aisyah pula menangis hiba kerana Ain mendapat laptop. Puas kami memujuknya tidak berjaya. Hanya AIn yang berjaya memujuknya dengan perkataan... " Aisyah... nak pinjam laptop....??". Terus Aisyah berhenti menangis dan keluar keruang makan menyambut sambutan hari lahir Ain...

Ain dah semakin matang dan pandai mengambil hati Aisyah....

Tuesday, December 8, 2009

Sarapan Pagi sabtu






Pagi sabtu lalu, anak meminta hendak sarapan Mc Donald... maka bangun pagi, akak mengajak anak dara yang mengidam untuk ke Mc Donald. Qeeb teringin nak makan pancake dengan maple syrup... Sampai mc donald... kami memesan melalui 'Pandu Lalu'. Dapat aje makanan, Qeeb terus pekena sausage muffin...

Anak-anak yang lain keseronokan dapat breakfast ala-ala Inggeris style... Layan kan aje...

Monday, December 7, 2009

Kanak-kanak ribena dan milo.

Tiapkali ke sini, bola inilah yang aisyah dan ain suka panjat.... telor dinosour kata mereka..




Friday, December 4, 2009

Laptop.

Sedang serius main games tom & jewwy... mulut selekeh sebab baru lepas jilat besi mixer...

Sejak Aisyah dah menemui permainan baru di laptop akak, maka terjadilah perebutan seorang ibu dan anak yang masing-masing ingin menggunakan laptop. Bila dah lama dia menunggu semasa akak guna, kadang2 dia minta baik2... kadang2 dia tarik ajer laptop tu... bila tak dapat, dia menangis... ataupun dia tunggu sambil mulutnya mengomel-ngomel. Tiba-tiba malam tadi dia dah mula pandai perli..... bayangkan budak 4 tahun dah guna istilah... 'perli'..

Dah lama menunggu... aisyah baring dan kejap2 bangun sebelah akak...

Aisyah : Ada orang tu kan.. dia pakai laptop... dia tak kaci Aichah main games...

Akak : Orang mana?... (bunyi macam nak marah orang yang buat aisyah upset...)

Aisyah : Orang tu besar....

Akak : (Masih tak perasan akak yang dimaksudkan...) Siapa?

Aisyah : Ibu lah... ibu tak kaci Aichah main tom and jewwy...

Wah.. dah maju Aisyah ni... dah pandai nak perli2....

Kadang2 Aisyah pagi2 dah minta akak tinggalkan laptop untuk dia masa akak pergi dialysis... Hmm mana boleh... menganga lah akak 4 jam takder laptop...hubungan dgn dunia luar dan dunia maya terganggu gugat.

Bila akak bawa juga laptop, dirumah Aisyah akan merungut-rungut dengan abahnya.

Aisyah : Kenapa ibu bawak laptop...? Aichah nak main tom & jewwy.... Kenapa ibu tak tinggalkan laptop..???

Budak 4 tahun....

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails