Thursday, November 19, 2009

Permintaan Aisyah.




Semasa kami di Underwaterworld Langkawi, akak mencari t-shirt untuk kenangan buat Aisyah kerana ini adalah pertama kali dia menjejakkan kakinya di Langkawi... Tiba-tiba ditariknya tangan akak menunjukkan pada suatu timbunan kotak tersusun. Akak pula dah terjumpa sehelai t-shirt yang nampak cantik tidaklah memperdulikan kehendak Aisyah.(Salah besar akak disitu).

Bila kami keluar dari Underwater world, Aisyah mula menangis dan merengek. Akak pegang tangannya tapi dia menarik kembali. Suami akak yang dah jalan di hadapan, berpatah balik kebelakang dan membantu memegang tangan Aisyah. Akak nampak Aisyah terus merengek dan cuba menarik tangannya. Suami akak menariknya kembali tapi bila dah banyak kali memreka bermain tarik-tarik tangan, suami akak pun melepaskannya.

Aisyah seolah-olah ingin berpatah balik ke dalam komplek Underwater World. Qeeb mengejarnya semula dan mendukungnya masuk kedalam kereta. Aisyah masih lagi menangis dan merengek hiba.

Akak memujuknya supaya tidur kalau dia dah mengantuk. Katanya dia tak mahu tidur. Sebenarnya Aisyah tak pernah sebelum ini menangis meminta barang seperti itu. Suami akak meneruskan perjalanan untuk mencari restoren bagi mengisi 6 perut yang sangat lapar. Jauh jugalah kami meninggalkan Kompleks Underwater World itu dan tangisan Aisyah sungguh kuat dan nyaring.

Bila akak teringat dia ada menunjukkan sesuatu di dalam kedai barangan cenderahati, akak beritahu suami kami perlu pulang semula ke kedai tersebut. Suami bersetuju dan pusing balik ke Kompleks Underwater World. Bawa Aisyah terus ke kedai tersebut dan Aisyah menunjukkan apa yang sebenarnya dia mahu. Ala.. benda kecil ni punya hal...

Kotak permainan puzzle itu di pegangnya sejak dari mula beli hinggalah sampai di rumah hendak tidur. Kotak itu berada disebelahnya.

Bila di pasang puzzle itu oleh kakak Ainnya, bila malamnya Aisyah menyimpannya kembali di dalam kotaknya kerana kuatir puzzle itu akan hilang.

Aisyah..Aisyah.. nak cakap tak pandai.. tapi perkara lain bukan main fasih.

2 comments:

  1. salam...hehe lucu gak ya..perangai anak2 kecil ni...kdg2 kita sbg mak ayah...sentiasa berusaha utk memenuhi permintaan anak2kan..rasa ralat bila dihampakan harapan mereka

    ReplyDelete
  2. kamsiah,
    aisyah seumur hidupnya tak pernah menangis minta sesuatu.. selalunya kalau tak dapat..dia dengar alasan kita..itu yang heran betul kami bila dia menangis sakan...
    tapi yg seronoknya, dia betul2 jaga/sayang puzzle tu..

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails