Tuesday, January 12, 2010

Aisyah dah tak mahu pergi sekolah.

Setelah 5 hari Aisyah berehat di rumah bersama-sama Qeeb dan Ain ( Mereka diberehatkan di rumah kerana demam ), hari ini adalah hari yang paling payah buat Aisyah. Aisyah harus bangun pagi-pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Sebaik masuk ke dalam bilik mandi, Aisyah tetiba saja menangis.

Aisyah : Aichah tak sihat, Aichah tak mahu pergi sekolah.......

Berulang-ulang kali dia berkata demikian. Akak buat-buat tak tahu sahaja terus membasuh mukanya dan menggosokkan giginya.

Aisyah : Aichah batuk, Aichah tak sihat..... ( Sambil berpura-pura batuk ).

Akak buat-buat tak dengar juga.

Selepas siap berpakaian, Aisyah buat-buat batuk lagi.

Abah : Nanti Aisyah pakai nebulizer yer... Aisyah batuk yer...

Di pakaikan nebulizer, Aisyah pun duduk diam-diam.

Selesai ubat nebulizer, ketika hendak di bawa turun kebawah, Aisyah menangis.

Aisyah : Aichah tak mahu pergi sekolah. Aichah nak duduk rumah saja. Aicah nak tengok tv....

Abah : Encik rotan mana?... Ada nampak encik rotan tak?.....

Makin kuatlah tangisan Aisyah...

Makin di pujuk makin menjadi-jadi tangisannya sehinggalah abahnya pura-pura mencari rotan barulah dia berhenti menangis. Tiba di bawah sementara menanti cikgunya datang.

Aisyah : Aisyah tak mahu pergi sekolah. Sekolah bowing....

Di pujuk perlahan-lahan sebaik kereta cikgu tiba.... hantar ke kereta, terus masuk....

Aisyah pun pergilah ke sekolah.


7 comments:

  1. Kesiannya Aisyah ... tapi kiutlah dia buat perangai cenggitu *senyuman manis ku lemporkan pada ibu n abah*

    ReplyDelete
  2. kak som,
    akak pun kesian. tapi abahnya dah warning... duit dah bayar.. pergi jugak sekolah...
    ikutkan hati nak ajak dia guling2 atas katil jer... dia masih baby kan..kan...

    ReplyDelete
  3. Tuan Doktor,

    Rotan emak Aicah dulu kot......**sebab hampir2 nak bersubahat**....hehehhe....

    Cutenya Aicahhhh....

    ReplyDelete
  4. fa,
    akak rasa memang belum patut aisyah masuk sekolah... biarlah dia main-main kat umah dulu. Lepas ni dia akan terus besar dan hilanglah 'baby' dia tu...
    Apa pendapat puan?...

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya dah banyak kali saya bercakap dalam seminar2 keibubapaan..tentang pentingnya persekitaran untuk perkembangan kanak2 ni. Ramai juga ibubapa yang mengalami masalah yang sedang puan alami ni.

    **tengah tahan gelak ni**

    Saya syorkan puan menemaninya ke sekolah setiap hari sehinggalah dia boleh berdikari.

    Guane gamok???? hehehe

    ReplyDelete
  6. Akak, please bitau Dr K yang kawan2 bloggers Akak dah sign petition untuk membenarkan Aisyah duduk dirumah aje. Jika perlu, buat home tuition menerusi educational software yg diinstal kedalam laptop. SW nih Akak kena cari sendiwi (cuba tanya dari agent yg jual laptop tu). Mungkin juga SW tu dah diinstalkan kedalam laptop Aisyah (pls pastikan ya?). Cewah.. I ni dah jadi loyar b/p cik Chah kita.

    p/s: $ boleh dicari, tapi kawan berguling2 susah nak dapek taw :-)

    ReplyDelete
  7. fa,
    ooooppppps puan fa,
    untuk menemani anak saya setiap hari memanglah tak boleh,
    kalau selang sehari?....

    kak som,
    i setuju banget dgn saranan kak som ittew....
    sure ada software yg berkenaan/bersesuaian dgn peringkat umur Aisyah...(akak kena pujuk abahnya pelan2...akan ambil masa sikit..)
    betullah kak som,
    anak ada 4. tapi dgn 3 lg tu tak sesuai lansung nak jadi kawan guling. Masa dgn Aisyah makin suntuk...

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails