Wednesday, January 27, 2010

Ibu dan anak dara.

Anak : Ibu, malam tadi Qeeb mimpi.. qeeb ada rumah sendiri... cantik... ada kereta mini... cantik...

Ibu : Hmmm... macam tu belajarlah pandai-pandai...

Anak : Lepas tu kan ibu, warna rumahnya macam ni....( Sambil tunjuk pada deretan rumah )

Ibu : Pandai nak hidup senang, kena belajar pandai-pandai...

Anak : Meja makan Qeeb pun cantik. Ada alas meja macam yang abah beli...

Ibu : Qeeb ambil dari rumah ibu lah tu...

Anak : Abah beli dah lama... ibu asyik simpan jer tak pakai-pakai....

Ibu : Tapi abah beli untuk ibu...

Iya-iyalah... macamlah Qeeb tu dah ada rumah sendiri dan dah ambil alas meja tu....


4 comments:

  1. Nampaknya dia berhasrat nak tengok alas meja tu digunakan tu...:D

    ReplyDelete
  2. azie...
    mungkin jugak.. atau...
    dia dah berangan nak bawak lari alas meja akak...heheheheh

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Qeeb, kalau Qeeb lihat gunung2 dari sudut jauh mmg begitu cantik berwarna biruhijau tetapi kalau kita hampiri gunung tersebut byk perkara ranjau dan duri2 yg tidak terfikir oleh kita. Maknanya, Qeeb kena usaha bersungguh2 dgn kemampuan diri sendiri bahawa yang mimpi tu boleh jadi kenyataan.

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails