Saturday, January 30, 2010

Ibu dan anak dara.

Sewaktu pulang dari rombongan pertunangan..

Qeeb : Ibu, ibu kan lahir kembar kan... kalau kembar ibu hidup kan best... Qeeb nanti nak beranak kembar.... satu laki-laki satu perempuan...senang nak bezakan..kalau dua-dua perempuan, susah.

Ibu : ( Dalam liver ) Hmmm.. dah mula nak mengarut lah ni...peninglah aku nanti..jalan jauh lagi nak sampai umah....

Qeeb : Ibu kalau anak perempuan ada Ain...lelaki kita panggil apa?.. Contoh..Shafiq~Shafiqah...Ain?

Ibu : ( Jawap jugaklah...) Ain~Ainan...

Qeeb : Haaa.... Mohammad Ainan Shafiq ~ Siti Ain Shafiqah... best kan...???

Ibu : Jangan mengarutlah...( Dah malas nak dengar ).

Qeeb : Ibu, kenapa ibu tak lahirkan Qeeb kembar?.. Kalau ibu marah dengan Qeeb1, Qeeb2 boleh ikut ibu..Qeeb1 boleh tinggal kat umah...kan..kan...

Ibu : Bukan kerja ibu....Allah dah beri... Kalau ikut ibu, ibu nak semua anak lelaki...

Qeeb : Qeeb sukerlah dapat anak kembar... kembar 8 ker...senang sekali jer beranak...

Ibu : Mula dah...

P.S. Kak som dan Ja... Uolls sama-sama ada anak perempuan... macam ni jugak ker berangan nyer... sampai nak citer hal nama anak?... Seingat i dulu, tak berani nak bukak cerita ngan arwah mak pasal nak beranak.... ~ takut kena cili mulut....

5 comments:

  1. salam... anak2 zaman sekarang camtu... anak kak e 3 ermua perempuan... camtulah... berfikiran jauh...

    ReplyDelete
  2. umi_e,
    salam kembali...
    betullah...mereka dah berfikiran jauh dari kita semasa sebaya mereka dulu...masa zaman kita, tak berani memikirkan nak kawin pun...

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Kalau difikir2kan, anak2 zaman skrg dah kehilangan keceriaan zaman kanak2 yg sepatutnya mrk nikmati. Akibatnya minda mrk kurang pengalaman dari segi mencetuskan buah fikiran lebih2 lagi `otak kanan`! Suruh mrk buatkan karangan BM atau BI berdasarkan pengalaman hidup, mrk tak mampu nak membinanya, kalau dapat pun tak cukup jumlah bilangan ayat yg dikehendaki. Sebaliknya, otak kiri mrk lebih aktif, dimana bab mengira dan menaakul boleh dikatakan advance pula setanding dgn org dewasa! Itulah dunia anak2 skrg.

    ReplyDelete
  4. Akak, jgn terperanjat, gitu jugalah cik T tu. Zaman kita lain, kan? Hari I nak dipinang pun I masih terasa malu dgn my Bak. Gitulah pemalunya I, auwww.

    Macam2 yg dia share dgn I .. hehe.

    ReplyDelete
  5. tajnur,
    karangan memang kelemahan anak2 saya. Mata pelajaran lain, boleh dikuasai.
    hmmm... kena kaji lagilah akak nanti...

    kak som,
    zaman kita dulu...memang ramai yang seperti 'fatehah'..zaman sekarang...???????????
    Qeeb dah mula membayangkan macam2 sampai bukan dia yg segan silu... i pulak yang tersipu2..lama-lama suruh dia tanya abah dia...
    kita patut duduk bincangkan bersama-samalah...sebab you dan ja dah ada pengalaman anak gadis yang lebih dulu dari qeeb dan zahrah. I selalu terkejut2 dengan statement qeeb dan zahrah....(nasib zahrah ni, ada blurr macam fatehah..kalau dah sampai 2 orang bertanyakan/berbincang pasal perkahwinan dan keluarga dgn i.... maunya tak fening i?...)

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails