Tuesday, February 2, 2010

Aisyah dan sekolah.


Mulai hari ini, Aisyah dah diisytiharkan bercuti selama setahun dari menghadiri mana-mana kelas tadika.... ( Itupun tengok jugak... ).
Kami dah cuba selama sebulan cuba untuk menghantar Aisyah ke tadika tapi kami menjadi betul-betul hiba hati apabila ingin membangunkan puteri ini dari tidurnya yang lena.
Maka, setelah bermesyuarat hati ke hati dan perah segala buah fikiran .... kami memutuskan untuk mewehatkan dan membiarkan anak kesayangan bungsu kami daripada terpaksa bangun pagi-pagi, mandi pagi-pagi....

Aisyah Sakinah...
mungkin ada ibubapa dan guru-guru yang merasakan kami melampau sungguh bertindak begini demi masa depan Aisyah tetapi.... hanya Aisyahlah peluang yang terakhir kami ada anak kecil yang ibu sangat suka nak gomol-gomol ... kakak-kakak Aisyah dah lalui masa ini... dengan masa ibu terhad ~ tak seperti dahulu ( sering kena ke hospital...) masa yang kita ada inilah sahaja untuk kita habiskan bersama-sama sebab bila Aisyah dah besar... kita dah tak dapat lagi merasai detik sebegini......

8 comments:

  1. eahmah

    u tulis macam ni buat I sebak laa....

    ReplyDelete
  2. kak ezza,
    kita sama-sama seorang ibu... sebab tu kak ezza rasa begini.... :-)

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Saya tahu b/mana perasaan puan sebgi seorang ibu yg sangat mengasihi anak bongsu sehingga suasah menerima hakikiat ia membesar tetapi tidakkah Aisyah itu sepatutnya menghabisi zaman kanak2 di sekolah tadika? Kita ni yg dah lanjut usia pun selalu merindui zaman kanak2, rasa tak puas bermain, bagaimanalah pula kanak2 skrg apabila mereka dewasa kelak? Mungkin saya bukanlah ditempat puan bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...

    ReplyDelete
  4. tajnur,
    sejak saya pernah menghuni CCU dalam jangkamasa yang agak lama tahun lepas, saya amat menghargai masa saya bersama Aisyah yang saya rasakan kurang berbanding dengan 3 anak terdahulu. Saya ambil keputusan, untuk setakat ini... saya nak habiskan bersama-sama Aisyah sahaja...

    ReplyDelete
  5. Sebak betul baca tentang kisah ini, suatu pengorbanan juga ni.. Takper AISYAH boleh belajar sendiri di rumah, tanpa tekanan. IBU dia pun boleh ajar.. malah lebih bermakna sebab depan mata tu...

    ReplyDelete
  6. azie,
    entahlah azie,...
    tapi yang penting sepenuh masa asiyah depan mata bila dah besar, lain cewita...

    ReplyDelete
  7. PEACE!!! Yes .. I like!!!

    Akak, ramai diantara kita tak ketadika pun tapi masih pandai dan bijaksana juga. I percaya Aisyah anak yang bijak .. dia pasti boleh belajar dari rumah sementelah dia ada 3 guru tidak berdaftar ie kakak2nya + Akak + doc sendiwi.

    Akak, you have a valid reason not to allow Aisyah ke sekolah (ya pun Akak kata tengok pada keadaan, kan?). Semoga Aisyah sentiasa terang hatinya. Amin

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails