Sunday, February 21, 2010

Cucuku.. tanggungjawapku juga...


Inilah anak daraku yang banyak membuatku berfikir...


Babak Pertama: Ketika menonton drama TV3 ' Dunia Batinku '.

Ibu : Tengok tu... semua jangan ingat ibu sowang jer yang pukul anak... yang dalam TV tu pun sama.. mana-mana ibu dalam dunia ni.. sayangkan anak mereka dan jika anak mereka buat salah, tentunya akan ditegur dan di pukul kalau degil sangat....

Qeeb : Tapi ibu janganlah pukul dengan talipinggang macam dalam citer tu.. talipinggang abah mahal.. kalau putus nanti macammana?.. Abah nak pergi kerja dah takder talipinggang...

Ibu : Hmm.. rotan kan ada.. ibu mana pernah guna talipinggang...

Qeeb : Hmmm manalah tahu kot-kot lepas ibu tengok citer ni, ibu dapat idea pulak.. jangan ibu...
Lagi satu kalau ibu pukul kami dengan rotan... lepastu ibu selalu beli rotan maka pupuslah rotan nanti dalam hutan tu... Qeeb nak tunjukkan pada anak Qeeb macammana rupa rotan dah tak da .. macammana anak Qeeb..cucu-cucu ibu nak tahu rotan tu macammana?...

Ibu : Hmmm ( Nak ketawa pun ader... tapi control... ) Merepet jer.... ( Favorite word arwah makcik Ramlah sewaktu akak kecik2 dulu...).

Babak Kedua : Di kolam renang.

Qeeb : ( Dengan bangganya menghafal lagu berbahasa Korea dan boleh memahami makna lagu tersebut... Qeeb turut bernyanyi...)

Ibu : Cukup tu Qeeb.. Ibu meluat Qeeb bermegah-megah dengan bahasa yang tak bawak untung pada Qeeb dan Ibu.. Lainlah kalau Qeeb hafal Quran ker.. Fasih Bahasa Arab Ker...

Qeeb: Qeeb minatlah ibu....

Ibu : Minat tapi tak beri manafaat buat apa?... Lainlah kalau Qeeb dah fasih bahasa Arab, Qeeb nak belajar bahasa apapun ibu izinkan... bahasa Tamil pun ibu sanggup...

Qeeb : Nanti Qeeb bawak balik menantu Bangla nanti...

Ibu : Bawaklah... Suami Qeeb.. Qeeb yang pilih...

Qeeb : Tapi... cucu ibu juga yang 'at stake' ni.. Ibu sanggup dapat cucu hitam macam bangla?

Ibu : ( Dalam Liver ) Aku lagi yang kena....

8 comments:

  1. Qeeb tu nama betoi dia apa?
    cucu saja 'at stake', nenek makan steak. hee...

    ReplyDelete
  2. eleena,
    namanya yg sebenar ialah
    Mar'iyatul Qibtiah sempena nama isteri nabi yg melahirkan anak lelaki bernama Ibrahim yg meninggal ketika masih baby...kalau baca sejarah isteri-isteri dlm bahasa inggeris dinamakan Maria the coptic...

    ReplyDelete
  3. mmg dowang cerdik menjawab + kasi 'idea auta'. kadang tu mmg tak tahan pon nk gelak. ekekekeke...qeeb cerdik! sedap nama dia, Mar'iyatul Qibtiah (^_^)

    ReplyDelete
  4. Ai,
    anak kita sama empat perempuan... rasanya sepesen ajer perangai mereka... panjang umur, kita sama-sama nengokkan, okay Ai....????

    ReplyDelete
  5. Itu tandanya anak-anak AKAK ni memang sangat bijakkk... seronok lak tengok telatah “pandai menjawab” tuhhh.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. azie,
    mana2 anak pun sama azie...
    cuma bezanya ada yg pendiam.. ada yg berani 'menjawap'. yang inilah yg byk bg akak naik B/P..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah kak,
    cerdiknya Qeeb.anak saya yang sulong alahai kerjanya menjawab je.mmg boleh naik BP..yang kecik,belum pandai bercakap.sampai buat saya risau..

    ReplyDelete
  8. salam qaseh,
    terima kaseh atas kesudian qaseh singgah di sini... nanti kita saling kunjung mengunjung yer...
    Anak akak yg inilah yg memang pandai menaikkan BP kami suamiisteri... yg kecik yg tak pandai cakap tu..jgn rissau sebab adik ipar akak pun masa kecik tak pandai cakap tapi bila besar jadi lawyer.....(tak main-main...)

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails