Sunday, February 7, 2010

Rajuk Aisyah.




Selepas akak naik dari memasak tadi, akak lihat Aisyah dan AIn dan Zahrah sedang bermain palystation 2 di dalam bilik TV. Tetiba terdengar raungan Aisyah yang begitu kuat dan sedih sekali bunyinya. Akak pun memanggillah anak bongsu kesayangan tu.

Aisyah : Huuuuuhuuuuu... Ibu....

Ibu : Siapa buat anak ibu?... Kenapa?..

Aisyah : ( Dah masuk bilik kami ) Ibu, kakak jahat... dia kata ... nanti Aisyah jadi Ayam Goweng...

Ibu : Apa?.. Kakak panggil Aisyah ayam goweng... memang nak kena kakak ni...( Buka pintu sambil memanggil kakak ) Kakak... mari sini sekejap...

Kakak : Saya ibu.... (datang masuk ke dalam bilik..) Saya...

Ibu : Kenapa kakak panggil Aisyah ayam goweng?.. kenapa buat macam tu?.. (Pura-pura marah)

Kakak : Saya saja jer... ( Sambil ketawa )

Aisyah : (Masih menangis hiba...)

Ibu : Minta maaf.. jangan cakap macam tu lagi... adik sedih tau...

Kakak : Okay....

Taklama lepas tu Aisyah keluar dari bilik kami dan bermain dengan kakak-kakaknya. Kemudian dia masuk balik ke dalam bilik kami.

Ibu : Hai... ayam goweng...

Aisyah : ( Terus menutup muka dan menangis... Ingatkan boleh bawak bergurau... )

Ibu : Ibu main-main jer lah...

Aisyah ambil masa juga nak hilang rajuknya.

Abahnya yang sedang makan anggur mengajak Aisyah makan bersama-sama. Aisyah makan sebiji dua dan hendak ambil beberapa biji lagi untuk di berikan kepada kakak-kakaknya.
Begitulah hati seorang budak... masih lembut dan tidak berdendam.

10 comments:

  1. A'a lah akak Rahmah, kalaulah kita yg dewasa ni gitu, amaaaaan.

    ReplyDelete
  2. eleena,
    betullah... memang aman takder perang...

    ReplyDelete
  3. Setiap kali AKAK bercerita pasal AISYAH, saya mesti teringat AISYAH saya.. huhuhuu.. nak sama perangai...

    ReplyDelete
  4. azie,
    orang nama Aisyah, sama saja perangainyer kot...
    ada sesiapa yg nama dia aisyah?... angkat tangan...

    ReplyDelete
  5. hah akak rahmah, nampak tak anak saya tengah angkat tangan dia tu??

    ReplyDelete
  6. eleena,
    sama tak perangai aisyah sinun dan aisyah sini?(masa dia baya aisyah....)

    ReplyDelete
  7. mungkin aishah sinni tak sama sebab dia ni kakak, sinun tu adik bongsu. yang sinni ni orangnya lembut yg amat tapi hati keras batuuu!
    aisyah sinun tu lembut-hati keras batu jugak ke? kalau tak mungkin sebab sinni nama dia guna SH sinun SY kot. heehee....

    ReplyDelete
  8. eleena,
    mak aisyah ni blurr sikit..
    masa mula2 mak aisyah nak nama aisyah di eja begini..
    Aeesya sakeena
    tapi abahnya tak suka macam anak mami bunyinyer..
    abah dia daftarkan
    Aisyah Sakinah....
    kalau yang pertama tadi, lagi lembut kan...

    ReplyDelete
  9. ekekekekeke..sian aisyah. eh, ok apa..sedap je ayam goweng tu kan?

    nyum nyum..aisyahhhh, meh sni kat auntie, tgh lapar ni.. ;P

    ReplyDelete
  10. Ai,
    ayam goweng memang best..sedappp....

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails