Thursday, April 22, 2010

Shadow..

Sebaik ibu memberitahu berita 'kematian' shadow kepada anak-anak sewaktu balik dari sekolah, Ain terus menangis tanpa henti. Sedih betul Ain dengan kehilangan Shadow. Ain sangat sayang/suka bermain dengan shadow ketika hayatnya.

Shadow adalah seekor kucing jantan tua yang datang menyerah diri ke rumah kami 6 bulan lalu. Dia sangat pandai menyesuaikan dirinya walaupun berkali-kali ibu ingin menghantarnya jauh dari rumah kami setelah shadow membuat onar. Onar yang paling kami geram ialah dia suka masuk kebilik anak dara kami dan meninggalkan kencingnya yang tersangatlah 'harum' di atas selimut anak-anak.

Usaha membasuh untuk menghilangkan bau mengambil masa agak lama. Berkali-kali selimut tersebut harus di basuh untuk menghilangkan keharuman tersebut. Tetapi bila ibunya beritahu abahnya, abahnya sambil berlawak mengatakan, jika shadow boleh berkata-kata sebaik ditanya kenapa kencing atas selimut jawapannya..

Ibu : Shadow... kenapa shadow nakal sangat? hehhh!! (siap jerkah) kenapa kencing atas selimut?

Shadow : Ooooopppppssss sowi... I cannot help it...

Mendengarkan jawapan abah, memanglah sakit perut ibu ketawa. Ibu pun tak jadilah hendak menghantar shadow jauh dari rumah. Kami hanya sentiasa beringat-ingat supaya jangan membiarkan pintu bilik terbuka sewaktu anak-anak tiada di rumah.

Sebaik Ain mendengar kematian shadow yang tragis ~ dia mati sewaktu ada pergaduhan dengan kucing jantan muda yang ingin menakluk kawasan perumahan kami... sewaktu berlawan, shadow terjatuh kedalam longkang berhampiran kolam ikan kami kerana mayatnya dijumpai dua hari kemudian dalam keadaan yang agak sedih.

Aisyah yang sama-sama menyaksikan bibik mengambil mayat shadow dari longkang untuk di kebumikan, menyatakan ketidak sanggupannya untuk melihat. Sewaktu bibik menalipon akak yang sedang menjalani dialysis di hospital, terdengar suara Aisyah memberitahu Aisyah tak nak tengok..

Ain tiba dirumah dan disambut oleh Aisyah dengan berita tersebut. Ain terus naik ke bilik belajar dan duduk di mejanya. Terus Ain mengambil lebihan plastercin dan membuat bentuk shadow.
Aisyah yang turut bersama Ain telah menangis teresak-esak dan memujuk Ain.

Aisyah : (sambil menangis teresak-esak) Ain.... janganlah sedih... ( teresak-esak lagi ).. janganlah sedih yer.. nanti bila baby ching (seekor lagi kucing yg datang menyerah diri sewaktu masih baby..)besar, dia beranak.. mesti anak-anak dia cute dan Ain bolehlah main dengan anak baby ching kan....

Begitulah yang buat ibu dan abah terharu mendengarnya. Seorang adik berusia 5 tahun memujuk kakaknya yang sedang kesedihan.

6 comments:

  1. syedihnya.....
    :(

    sya pun sayang dan suka kucing, tp enpakwe x benarkan bela kucing sbb takut kucing tu bunuh diri
    huhuhuuu..sadis tui
    pss:nak tengok arca shadow
    pandai aisyah pujuk kakak ;p

    ReplyDelete
  2. Akak, nampaknya Ain boleh gang dgn T. Dulu2 I meraung juga bila kucing mati tapi sejak dah tua2 takde lagilah; hinggakan T kata I takde perasaan, haha.

    ReplyDelete
  3. sya..
    ain sedang sekolah ni.. mungkin dia bawa ke sekolah.. akak tak jumpa kat mejanya...
    ada, nanti akak tunjukkan.. akak pun teringin nak tengok...

    kak som,
    i dulu pun turut menangis kalau jadi cenggitu. Tapi, i pun tak nangis dah bila dah naik umur cenggini... rasanya kita dah puas nangis... kita pilih occassion yg betul2 perlu nangis... muzik yg sesuai pun kita boleh nangis.... heheheheheh

    ReplyDelete
  4. teringat jiran sebelah umah haku meraung-raung kucing dia mati, ;-P

    salamm,

    ReplyDelete
  5. tunbegia,
    akak cukup suka bila ada orang yang sayang pada kucing2nya... membela dan menyayangi kucing adalah satu terapi dan mendatangkan pahala juga...

    ReplyDelete
  6. salam
    bils kucing jantan tak potong kencing.dia mark.territory
    utk secure tempatvdia.

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails