Monday, December 14, 2009

Hari Lahir Ain.

Chocolate cake... permintaan birthday girl..

Makanan/Juadah yang dihidangkan buat birthday girl...

Akibat terkejut yang teramat sangat kerana tak sangka-sangka... hadiah nintendo DS menjadi laptop... Terus abah di peluknya...

Abah di peluk dengan penuh kasih sayang dan gembira... (Nampak tak.. masa ni Aisyah melarikan diri ke dalam bilik, sambil menggaru kepalanya... lihat gambar belakang ain dan abah.....)

Kegembiraan seorang yang baru mendapat hadiah idaman...

Berkongsi kegembiraan bersama adik kesayangan...

Hari ini 13hb Disember adalah hari ulangtahun kelahiran Qurrata Ain. 10 tahun lalu, Ain dilahirkan di Hospital Melaka. Waktu pertama kali akak melihat wajahnya seiras kawan baik akak di Taman Pokok Mangga. Terkejut jugak... Macam muka anak cina.....

Hari ini memang dinanti-nantikan oleh Ain. Begitu mengharap untuk mendapat hadiah game boy yang baru. Tapi dia cukup gembira kerana abahnya membelikan Dell Laptop...Terus dia memeluk abah kerana gembira.

Aisyah pula menangis hiba kerana Ain mendapat laptop. Puas kami memujuknya tidak berjaya. Hanya AIn yang berjaya memujuknya dengan perkataan... " Aisyah... nak pinjam laptop....??". Terus Aisyah berhenti menangis dan keluar keruang makan menyambut sambutan hari lahir Ain...

Ain dah semakin matang dan pandai mengambil hati Aisyah....

4 comments:

  1. fuyyooo...dapat hadiah laptopppppppp.....Afeeq pun tak belikan laptop lagi....pinjam laptop Ain lah!!!!hehehehe

    ReplyDelete
  2. fa,
    bila dia ada laptop, senang sikit nak simpan kerjaseni dia... ain suka melukis... program paint dia guna sebaik2nya...
    kalau nak pinjam... boleh sgt.. tapi mcm biasalah.. borang 7 salinan dan mati setem sekali...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday to Ain. Baru 10 tahun. Masih boleh tidor bawah tiak Akak, hehe.

    Cian Aisyah .. kena tunggu 7.5 bulan lagi kalau nak dpt hadiah kan Akak kan? ;-)

    ReplyDelete
  4. kak som,
    Ain kalau demam... naik lemak dia.. (dapat tidur sama...) Pantang lawa... laju jer naik tidur sekatil....
    tapi badan dia pun dah besar... tak muat 4 beranak satu katil....

    Hadiah utk aisyah bulan jun depan baru sampai... tiapkali ada birthday utk kakak2nya... merajuk ajer...

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails