Saturday, January 30, 2010

Ibu dan anak dara.

Sewaktu pulang dari rombongan pertunangan..

Qeeb : Ibu, ibu kan lahir kembar kan... kalau kembar ibu hidup kan best... Qeeb nanti nak beranak kembar.... satu laki-laki satu perempuan...senang nak bezakan..kalau dua-dua perempuan, susah.

Ibu : ( Dalam liver ) Hmmm.. dah mula nak mengarut lah ni...peninglah aku nanti..jalan jauh lagi nak sampai umah....

Qeeb : Ibu kalau anak perempuan ada Ain...lelaki kita panggil apa?.. Contoh..Shafiq~Shafiqah...Ain?

Ibu : ( Jawap jugaklah...) Ain~Ainan...

Qeeb : Haaa.... Mohammad Ainan Shafiq ~ Siti Ain Shafiqah... best kan...???

Ibu : Jangan mengarutlah...( Dah malas nak dengar ).

Qeeb : Ibu, kenapa ibu tak lahirkan Qeeb kembar?.. Kalau ibu marah dengan Qeeb1, Qeeb2 boleh ikut ibu..Qeeb1 boleh tinggal kat umah...kan..kan...

Ibu : Bukan kerja ibu....Allah dah beri... Kalau ikut ibu, ibu nak semua anak lelaki...

Qeeb : Qeeb sukerlah dapat anak kembar... kembar 8 ker...senang sekali jer beranak...

Ibu : Mula dah...

P.S. Kak som dan Ja... Uolls sama-sama ada anak perempuan... macam ni jugak ker berangan nyer... sampai nak citer hal nama anak?... Seingat i dulu, tak berani nak bukak cerita ngan arwah mak pasal nak beranak.... ~ takut kena cili mulut....

Wednesday, January 27, 2010

Ibu dan anak dara.

Anak : Ibu, malam tadi Qeeb mimpi.. qeeb ada rumah sendiri... cantik... ada kereta mini... cantik...

Ibu : Hmmm... macam tu belajarlah pandai-pandai...

Anak : Lepas tu kan ibu, warna rumahnya macam ni....( Sambil tunjuk pada deretan rumah )

Ibu : Pandai nak hidup senang, kena belajar pandai-pandai...

Anak : Meja makan Qeeb pun cantik. Ada alas meja macam yang abah beli...

Ibu : Qeeb ambil dari rumah ibu lah tu...

Anak : Abah beli dah lama... ibu asyik simpan jer tak pakai-pakai....

Ibu : Tapi abah beli untuk ibu...

Iya-iyalah... macamlah Qeeb tu dah ada rumah sendiri dan dah ambil alas meja tu....


Tuesday, January 26, 2010

Aichah demam....


Aisyah betul-betul dapat cuti...
Sejak hari jumaat lepas hingga hari ini, Aisyah bercuti.
Tak ada orang yang menyakat suruh pergi sekolah...
Sebab Aisyah betul-betul demam...
Ibu Aisyah ada kawan hari ni.....
Yeah.......



Friday, January 22, 2010

Aichah tak sehat...kung..kung

Pagi ni bangun jer tidur, terus nangis...

Aichah : Aichah tak sehat....(kung..kung..kung...batuk batuk....)

Ibu : iyer..? chian dier....Aichah tak sekolah?...

Aichah : Aichah tak sehat....Aichah demam....(dah mula nangis..)

Ibu : tapi.. cikgu datang nanti...(saja mengusik walhal tangan ibu sedang sms cikgu tak payah ambil Aisyah...)

Aichah : (sambil batuk-batuk lebih kuat....dan menangis....) Aichah tak sehat.....

Ibu : habis nanti cikgu datang nak ambik aisyah...macamana?....

Abah : Yang.... cukup... jangan usik Aisyah lagi.....Kesian dier.....( Tiba-tiba ada suara dari WC)

Selamat Aisyah.....

Monday, January 18, 2010

Gaya Aisyah menanti kereta cikgu.

Memang sabarkan ajer...
macam ni lah gayanya pagi ni menanti kereta cikgunya..
siap pesan dengan akak suruh alihkan kereta
biar senang cikgunya berhenti depan pagar....
banyak-banyak sabar...
dah dia nak pergi sekolah pun dah bagus....
cuma masa nak bangun saja susah...
bila dah siap mandi... pakai baju... dah okay....
tak menangis pun....


Wednesday, January 13, 2010

Kisah Aisyah pagi ini.


Bila dikejutkan, mudah bangun...
Bila dibawa masuk ke dalam bilik air....menurut....
Bila dipakaikan baju, okay...

Selesai minum, Aisyah naik ke atas semula...

Aisyah : Huhhh... penatnya...

Ibu : Aisyah tunggu cikgu kat bawah ajerlah... ini turun naik, turun naik kan penat....

Aisyah : Bukan penat turun naik, penat pegi shekolah.. pergi shekolah...

Ibu : Iyer?...

Aisyah : Nanti Aichah balik, urutlah....

Ibu : Siapa yang nak urut....

Aisyah : Ibulah....

Ibu: (dlm hati...) apa-apa ajalah.....

Tuesday, January 12, 2010

Aisyah dah tak mahu pergi sekolah.

Setelah 5 hari Aisyah berehat di rumah bersama-sama Qeeb dan Ain ( Mereka diberehatkan di rumah kerana demam ), hari ini adalah hari yang paling payah buat Aisyah. Aisyah harus bangun pagi-pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Sebaik masuk ke dalam bilik mandi, Aisyah tetiba saja menangis.

Aisyah : Aichah tak sihat, Aichah tak mahu pergi sekolah.......

Berulang-ulang kali dia berkata demikian. Akak buat-buat tak tahu sahaja terus membasuh mukanya dan menggosokkan giginya.

Aisyah : Aichah batuk, Aichah tak sihat..... ( Sambil berpura-pura batuk ).

Akak buat-buat tak dengar juga.

Selepas siap berpakaian, Aisyah buat-buat batuk lagi.

Abah : Nanti Aisyah pakai nebulizer yer... Aisyah batuk yer...

Di pakaikan nebulizer, Aisyah pun duduk diam-diam.

Selesai ubat nebulizer, ketika hendak di bawa turun kebawah, Aisyah menangis.

Aisyah : Aichah tak mahu pergi sekolah. Aichah nak duduk rumah saja. Aicah nak tengok tv....

Abah : Encik rotan mana?... Ada nampak encik rotan tak?.....

Makin kuatlah tangisan Aisyah...

Makin di pujuk makin menjadi-jadi tangisannya sehinggalah abahnya pura-pura mencari rotan barulah dia berhenti menangis. Tiba di bawah sementara menanti cikgunya datang.

Aisyah : Aisyah tak mahu pergi sekolah. Sekolah bowing....

Di pujuk perlahan-lahan sebaik kereta cikgu tiba.... hantar ke kereta, terus masuk....

Aisyah pun pergilah ke sekolah.


Monday, January 11, 2010

Aisyah dan anjing depan rumah

Kekadang hal ini dapat kita sembunyikan baik punya... kadang-kadang dia keluar tanpa warning...
memanglah naya...

Aisyah memang panjang akalnya. bila dia terlepas dia ada jawapan...

Abah : Aisyah... bunyi aper tu?... (pura-pura bertanya...)

Aisyah : Anjing depan rumah yang kontut......

Abah : Iyer... kuatnya dia kontut.... busuk pulak tu...

Aisyah : Dia anjing jahat.... busuk....

Sekarang, tiapkali sapa-sapa terlepas k..n..t...t, anjing cina depan rumah yang kuat menyalak akan kena tuduh. Selamat.... Terima kaseh, Aisyah.....

Sunday, January 10, 2010

Aisyah dah pandai merungut...

Malam ini akak meminta pertolongan Aisyah menemani kakaknya Ain yang sedang demam di dalam bilik kami. Dengan senang hati Aisyah melakukannya.

Kemudian akak meminta Aisyah mengambil baju-baju kotornya untuk di masukkan kedalam bakul. Pun dengan senang hati Aisyah melakukannya.

Akhirnya ketika hampir tidur, barulah akak teringat untuk memakaikannya lampin pakai buang. Dan akak meminta Aisyah mengambil lampin pakai buangnya di dalam salah sebuah laci. Jawapannya...

Aisyah : Mestikah semuanya Aichah kena buat?....

Ibu : Mestilah...

Friday, January 8, 2010

Kisah Aisyah dan sekolah.


Sejak hari Rabu Aisyah dah merengek tak mahu pergi sekolah. Penat dah banyak kali pergi sekolah, katanya. Kerap di ulang-ulangkannya hasrat di hati tak mahu ke sekolah. Dan pagi semalam, Khamis selepas merasakan badannya agak demam, akak pun menghantar mesej kepada cikgunya tak perlu datang ambil kerana Aisyah demam.

Seharian di rumah, nampak sihat pulak. Boleh berlari sana sini bersama kakak Ain, Zahrah dan Qeeb. Boleh main games PS2 dan laptop... memang nampak sihat. Jadinya, hari Jumaat, Aisyah harus ke sekolah.

Pagi Jumaat... pukul 600pagi Aisyah dah bangun. Ajak ke bilik air... gosok gigi... then pakai baju... siap bawa turun sarapan...
Sambil menunggu cikgu datang.. aleh-aleh dia batuk-batuk....
Kejap batuk... batuk... lagi...
Akak pun ibu yang perihatin, beritahu cikgu, Aisyah cuti lagi...

Aisyah dibawa naik ke bilik dan di suruh berehat menonton TV...

Akak balik dialysis, muka ini dah tersengih depan pintu...

Ayoooo..... macamana ni?... Drama ke pagi tadi?....



Siap beredar dan cari tempat nak posing lagi.....

Ibu Aisyah dah tertipu......

Tuesday, January 5, 2010

Penatnya menimba ilmu....

Beginilah ghupenya seorang murid terhebat pada hari pertama pulang dari tadika....
terlelap....
Huish...
Penatnya...
Macam-macam ilmu dapat
Hingga Aichah terlentok begini......

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Aisyah.


Nak di bangunkan awal pagi tadi, memang mengambil masa. Sengaja abahnya bukakan TV dengan dibesarkan suara channel ceria, tapi masih sedap melelapkan matanya. Kena tunggu 15 minit jugalah untuk Aisyah membuka matanya... Sesudah itu, akak membawanya ke bilik air untuk mandi dan gosok gigi.

Inilah hasilnya.....
Aisyah berdiri penuh semangat...

Sekesai sarapan, pakai kasut dan menuju kesekolah...

Tapi, sebelum ke sekolah... doktor Aisyah ke hospital dahulu menghantar ibunya...

Selamat menimba ilmu anak ibu,.....
Ibu doakan agar aisyah berjaya membawa pulang banyak A+.....
Semuga Aisyah menjadi hebat di dunia dan akhirat......
Amin.....

Wednesday, December 30, 2009

Kenangan masa mula pindah Penang.

Suami akak dihantar berkhidmat ke Hospital Penang pada tahun 2001. Maka, akak dan anak-anak turut berpindah sama. Ini adalah sebahagian dari kisah anak akak iaitu Zahrah.

Zahrah : Ibu, kawan saya kak sekolah semua pandai cakap bahasa arab....

Ibu : ( dengan riak muka yang 'impress'...mata beliak, kening pun terjongkit....) Iyer....? (Dlm hati vangga sebab pandai akak pilih sekolah untuk anak akak...)

Zahrah : Iyer... ibu ajarlah sikit macamana...

Ibu : (Terus ajar yang terlintas di kepala...)
Kaif Fa Hal.... - Apa kabar?
Alhamdulillah, bi khair...... - jawaplah saya sihat, alhamdulillah...
Masmuki - Nama awak apa ?
Ana zaharah - Nama saya zaharah.......

Esoknya, dengan bersenjatakan sepatah dua ayat, akak pun menghantar Zahrah ke sekolah. Waktu menunggu loceng masuk kelas berbunyi, akak berbual dengan kawan sekelas zahrah.

Kawan zahrah : Aunty, semalam zahrah teghiak....

Akak : Iya ka?... buat apanya dia teghiak?...

Kawan Zahrah : Tak tau lah pasai apa dia teghiak... tiba-tiba dia teghiak...

Zahrah : Wah! Ibu pun faham bahasa arab yer..... (sambil senyum memandang ibu...)

Ibu : OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Ini ke yang zahrah ingat bahasa arab?...... ini bahasa penanglah...... (memandang zahrah penuh kasihan kerana tak tahu beza bahasa arab dan bahasa melayu penang....)

Kita bila pindah randah, kita selalu pikir nak cari rumah, cari sekolah untuk anak. Tapi kita terlupa nak sediakan anak dgn bahasa/loghat penduduk setempat....
( Tapi... hanya mak Andeh ajer yg jadi begini... kan?!)

Monday, December 28, 2009

Aisyah Dah ubah fikiran.

Semalam pulang dari rumah SIL, Aisyah menangis meminta hendak bermain PS2 dengan Ain. Tetapi jam dah menunjukkan pukul 1100 malam. Mereka sudah perlu dilatih tidur awal kerana selepas sekolah dibuka, kesemua anak-anak akak bersekolah sesi pagi termasuklah Aisyah.

Aisyah : Aichah tak mau pegi sekolah... Aichah nak main playstation chaja...

Ibu : Aisyah kena pergi sekolah... Aisyah mesti jadi pandai...

Aisyah : Aichah tak mahu pandai... Aichah nak main playstation chaja...

Ibu : Okay... kalau Aisyah tak sekolah, Aisyah nak main dengan sapa? Ain, kakak dan qeeb semua pergi sekolah... Kalau Aisyah pergi sekolah, Aisyah boleh main playstation bila ain balik sekolah...

Aisyah boleh terima alasan ini dan terus diam... Sambil baring, matanya pun dah terlelap...

Senangnya.....


Friday, December 25, 2009

Kakak Zahrah Demam?...

Akhirnya... setelah sekian lama kakak zahrah boleh bertahan, kena hari ini 25hb Disember 2009, pertama kalinya sejak zahrah baby comel dulu.....

"Maka dengan ini saya pemegang mohor besar bukan keturunan raja mengistiyharkan bahawa Cik Siti Fatimah Azzahrah telah demam mulai hari ini...."

Aisyah sangat berpuashati kerana upacara memindahkan demam telah berjaya.

Thursday, December 24, 2009

Aisyah demam...


Blogger yang paling muda dirumah kami dah demam pulak dia.... Hari isnin hari tu kakak Ain yang demam... sejak hari selasa malam, Aisyah pula dah mula batuk, selsema dan demam.

Bila Aisyah dah demam, dia agak meragam sikit... Orang berbual kuat sikit kat bawah, dia hanya tidur dalam bilik pun dia nak komplen orang lain bising. Dia menyuruh akak memanggil kakaknya dan kena ada upacara memberi demam kepada kakaknya. Akak perlu memanggil kakaknya dan menepuk badan kakaknya sampai berkata, " Kakak..... ambil demam Aisyah..." Lepas tu tepuk kuat sikit. Selalunya kakaknya akan ketawa bila akak buat begitu. Ini adalah kerana dalam rumah kami, Zahrahlah yang tak pernah mengalami demam. Seingat akak, sejak lahir.. pernahlah sekali sahaja Zahrah demam ketika berusia 1 tahun 6 bulan... lepas tu tak pernah demam.

Pernah terjadi bila selesai upacara tersebut, Aisyah terus baik demam. Sebenarnya ini bukanlah upacara apa-apa cuma untuk menyedapkan hati Aisyah, Kakak pun seronok menjadi sebagai penerima demam dan yang lebih seronok kerana dia tak pernah kena demam.

Wednesday, December 23, 2009

Sunday, December 20, 2009

Aisyah lagi...

Malam ni dia datang lagi merayu dan meminta...

Aisyah : Ibu, aichah nak pinjam laptop...

Ibu : Eh.. kenapa nak pinjam ibu punya kan aichah dah ada laptop..

Aisyah : Aichah punya laptop batewi dia dah habis...

Ibu : Aisyah chargelah laptop tu...

Aisyah : Aichah nak pinjam laptop ibu bolehlah....

Ibu : Ibu nak guna....

Aisyah : Ibu kan sayang Aichah... bagilah Aichah pinjam laptop ibu....

Memang sengaja dia nak menghitam putihkan hidup akak....

Saturday, December 19, 2009

Eh! betul ke ni?....

Kadang-kadang mereka tidak begini
Yang si adik akan menjerit mengatakan tak sayangkan kakak
Yang kakak akan menangis sambil menjerit dah tak suka adik
Tapi...
Gambar ini tidak menafikan
Kakak dan adik saling menyayangi....


Wednesday, December 16, 2009

Kelas Komputer.


Sejak dari semalam, Aisyah dan kakaknya Zaharah telahpun mendapat laptop masing-masing yang sepatutnya diberikan pada harijadi kakaknya pada bulan Febuari dan harijadi Aisyah pada bulan Jun.

Maka bermulalah kelas komputer yang dikendalikan oleh Mariyatul Qibtiah.


Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails