Thursday, September 24, 2009

Kisah Puan.

Kisah ini dah lama berlalu. Baru pagi tadi telah diingatkan oleh kak ani untuk diceritakan dalam blog ini.

Ketika kejadian ini akak masih tinggal di Pulau Pinang. Kami tidak mempunyai pembantu rumah waktu itu...

Anak-anak ketika itu sedang cuti sekolah. Bila dah hanya duduk dirumah, kerjanya hanyalah menyepahkan rumah. Ambil kertas A4, lukis gambar ataupun gunting-gunting....akhirnya ditinggalkan berlambak-lambak.

Akak pula selepas pulang dari pasar, kena mengemas rumah dan memasak. Melihatkan sampah dan rumah yang berselerak, akak pun naiklah marah. " My blood pressure go up U know".
Maka berleterlah akak dan mengertak mereka dengan rotan.
Dah puas marah, akak pun kata," Sekarang, jangan sapa pun panggil ibu.....panggil Puan....".

Setelah dimarahi mereka pun berkurung diri dalam bilik. Akakpun meneruskan kerja-kerja akak.

Semasa akak sedang mengangkat jemuran diluar rumah, tiba-tiba kedengaran suara familiar sangat...

Anak: " Puan, ada talipon puan......"

Akak yang mendengar panggilan 'puan', terus memalingkan muka mengadap kain dan ketawa . Menjadi pula panggilan 'puan' tu. Tapi, terkejut juga sebab akak dah lupa.

2 comments:

  1. kelakar laa...nanti akak pun nak buat macam ni kalau naik angin....ok Puan!

    ReplyDelete
  2. Salam kak ezza,
    Tenkiu..tenkiu.. singgah blog saya.
    Kak ezza sambunglah cerita raya. Sunyilah tak de cerita baru kak ezza.

    ReplyDelete

Let's Play A Fun Game :)

Our Mother ! (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails